in

“Datuk angkat balak, cucu angkat besi” – Tempat Ke-4 Acara Angkat Berat, Aniq Kasdan Warisi Kekuatan Datuk

Aniq Warisi Datuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada yang tengok ‘badang Malaysia’ Mohamad Aniq Kasdan dalam acara angkat berat 61kg semalam tak?

Walaupun tidak berjaya mendapat sebarang pingat hanya kerana perbezaan satu kilogram dengan pesaing lain, ramai di antara netizen di luar sana meluahkan rasa bangga dengan pencapaian atlet daripada Segamat, Johor ini.


Aniq telah menamatkan saingan di tempat keempat dengan catatan rekod kebangsaan baharu iaitu angkatan keseluruhan 297kg, 1kg mengatasi rekod kebangsaannya.

454522283 1032865858206421 4914573778437789723 N

Artikel berkaitan: “Baju berwarna kena asingkan” – Azizulhasni Tunjuk Operasi Pusat Dobi Di Perkampungan Olimpik

Artikel berkaitan: Raih Pencapaian Membanggakan Di Olimpik Paris, Zii Jia & Aaron Chia-Wooi Yik Dapat Habuan Kereta!

“Datuk angkat balak, cucu angkat besi”

Kejayaan yang berjaya diraih atlet ini telah mendapat reaksi banyak pihak dan sebuah video yang dirakam Astro Arena tidak lama dulu telah viral kembali berkenaan latar belakang Aniq.

Di dalam video itu, diceritakan berkenaan Aniq yang dikatakan mewarisi darah Jawa serta kekuatan fizikal daripada arwah datuknya.

Menurut Aniq, penduduk kampung juga pernah bercerita mengenai arwah datuknya yang dikatakan mengangkat kayu balak seorang diri. Aniq juga dikatakan satu-satunya cucu yang mewarisi kekuatan luar biasa datuknya itu.

Orang-orang kampung ni banyak orang-orang lama. Jadi bila saya main sukan angkat berat ni, ada orang-orang tua ni panggil saya cakap saya ini ikut arwah datuk saya. 

“Mereka cakap ilmu datuk saya ni turun dekat saya. Tapi saya tanya sebab apa, mereka kata dulu datuk saya pun memang kuat angkat kayu balak seorang diri. Itu apa yang saya dengar sendiri lah,” katanya.

Namun Aniq katanya tidak pernah bersua muka datuknya yang sudah meninggal dunia.

Terdahulu, dalam acara angkat berat 61kg, Li Fabin dari China mempertahankan pingat emas dengan jumlah angkatan 310kg (143kg OR, 167kg)) manakala perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Theerapong Silachai dari Thailand dengan muatan 303kg (132kg, 171kg) dan wakil Amerika Syarikat Hampton Morris dengan angkatan 298kg (126kg, 172kg).

All the best Badang Malaysia untuk Olimpik 2028 di LA! Ada peluang untuk rangkul emas ni!

Sumber: X Astro Arena

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.