Kalau semalam ramai yang pelik kenapa Dato’ Seri Vida dilihat terlibat sama dalam sesi pembentangan dalam kelas bersama Cik B, rupa-rupanya usahawan terkenal ini mendedahkan bahawa dia kini menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perniagaan di London Examination Board.
Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 54, sejak menyambung pengajian untuk tempoh setahun, dia banyak belajar mengenai perkara baru terutamanya dalam bidang pemasaran.
Kata Vida lagi, dia juga kini terasa lebih segar dan muda sejak kembali bergelar ‘pelajar’ di bumi asing.
View this post on Instagram
Alhamdulilah sangat seronok menuntut ilmu di sini, banyak belajar perkara baru tentang ilmu perniagaan dan pemasaran.
“Malah sejak sambung belajar saya rasa lebih segar dan muda! Saya ambil jurusan pengurusan dan perniagaan, untuk master setahun dan selepas ini akan sambung buat PhD pula,” katanya kepada mStar.
Artikel berkenaan: “Siap mak boleh ada kat sebelah” – Netizen Pelik Lihat DSV ‘Join’; Cik B Buat ‘Presentation’ Dalam Kelas
Artikel berkenaan: ‘Punching Bag’, Piano & PS5 Antara Barangan Yang Disita Dari Rumah DSV, Bakal Dilelong
Hati tenang dapat bertemu anak
Vida juga pada masa yang sama menyangkal dakwaan yang dia hanya mahu bercuti di luar negara sebaliknya pelajaran adalah nombor satu buatnya ketika ini.
Hatinya juga berasa tenang apabila berada di London kerana dapat bertemu dengan anak perempuannya iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau Cik B yang menyambung pengajian di sebuah universiti di Barcelona, Sepanyol.
View this post on Instagram
Ada yang kata saya cuma nak berjalan-jalan tapi sebenarnya tidak. Saya sambung belajar kerana mahu naik taraf ilmu yang ada kerana ilmu ini kena sentiasa tuntut dan perbaharui.
“Lagipun belajar di London ini dekat dengan Cik B, jadi terubat rindu bila lama tak berjumpa,” katanya.
Tambah Vida lagi, segala urusan perniagaannya di Malaysia kini akan diuruskan anak lelakinya, Eric Zaquan atau Kacak ketika dia ke luar negara.
All the best DSV! Belajar elok-elok ya.