in

‘Datin Suzie Pinky’ Didakwa Cedera Kerana Dit*tak Anaknya Sendiri

syaz ft 2025 11 20T155608.197

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Naemah Yaakob atau lebih dikenali sebagai Datin Suzie Pinky merupakan seorang TikTok famous yang sering mengadakan sesi live dan sangat menyukai warna merah jambu.

Personalitinya yang sangat lain daripada yang lain itu membuatkan ramai yang suka untuk mengikuti TikTok serta menyertai sesi live yang dilakukannya dalam platform tersebut.


Artikel berkaitan: “Mereka ‘hoarder'” – Influencer TikTok Rosakkan Rumah Sewa, Pemilik Dedah Kerosakan RM 33K

Artikel berkaitan: Didakwa Kasari Murid Autisme Berusia 7 Tahun, Polis Siasat Seorang Pembantu Pengurusan Murid

Pun begitu, hari ini satu berita mengejutkan diterima apabila Datin Suzie didakwa dikasari oleh anaknya yang dikenali sebagai ‘Abi’.

Susulan itu, Datin Suzi menerima 5 jahitan di bahagian telinga dan satu video tular di TikTok yang difahamkan rakaman suara serta video Datin menceritakan kecederaannya.

cats 14

“Tengok darah tengah keluar, tadi darah memancut keluar. *Menangis* Sakit, Abi ngamuk, Abi ngamuk, dia pukul, dia baling cawan,” rintihnya dalam video tersebut.

Dalam pada itu, seorang individu di Threads yang mendakwa keluarga mertuanya tinggal berdekatan rumah Datin Suzie, menceritakan kejadian tersebut.

 

View on Threads

 

 

“Dia kena tetak dekat telinga dgn anak dia. Berdarah gais penuh. Dorang cakap anak dia ada masalah mental sikit. Sekarang polis dah pecah masuk angkut anak dia ke balai,” kongsinya.

Setakat artikel ini ditulis, tiada pengesahan atau kenyataan rasmi dari pihak berkuasa susulan kejadian tersebut.

Sumber: Threads, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.