Semalam, kecoh diperkatakan mengenai dakwaan isteri penyanyi Mawi, Ekin Rahmat yang meluahkan rasa terkejutnya apabila dikenakan caj harga yang tidak masuk akal ketika makan di sebuah restoran seafood dekat Johor Bahru.
Susulan pendedahannya itu, seorang wanita yang merupakan pemilik kedai makan tersebut telah tampil membuat penjelasan menerusi akaun TikTok anaknya semalam.
Al Kisah Ekin Mawi makan Seafood kat Tepian Tebrau, JB total bill jadi RM 1,260.
Tapi kene tahu jugak berapa orang makan ramai-ramai tu.
Nak baca resit tu pulak tak faham. Susah nak cakap harga tu actually berbaloi atau tidak.
Ada sesiapa pernah experience makan kat sini ke? pic.twitter.com/Tv8LHvS9IQ
— 🍉Arif E.🍉 (@arfdy12) October 3, 2023
Artikel berkaitan: Isteri Mawi Terkejut Harga Makanan Di Gerai Lebih RM1,000, Kementerian Bakal Jalankan Siasatan
Artikel berkaitan: Dikecam Menu Telur Dadar ‘Premium’ RM13, Peniaga Beri Penjelasan Kenapa Jual Harga Mahal
“Datang lebih kurang 20 orang termasuk kanak-kanak”
Dalam video tersebut, wanita berkenaan telah membuat perincian setiap caj yang kenakan terhadap makanan yang dipesan Ekin dengan 20 orang ahli keluarganya pada Sabtu lepas.
Dari senarai yang ditulis wanita tersebut, antara menu yang dipesan adalah pari bakar, siakap tiga rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam dan siput gonggong.
@abangcinta_1 assalamualaikum saya kepada anak owner kedai yang viral tempoh hari..kepada abang mawi dan akak ikin..ini adalah video penerangan dari pihak kami..sekiranya abang dan akak tidak jelas tentang penerangan ini..sila datang berjumpa dengan kami.. @Ekinmawi aenn ♬ original sound – ??????????
Saya pemilik kedai nombor 14, tujuan video ini dibuat untuk memberi pencerahan berkaitan video yang dimuat naik di media sosial oleh selebriti tanah air yang tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tidak memuaskan.
“Pada hari Sabtu 30/9, waktu petang mereka telah datang lebih kurang 20 orang termasuk kanak-kanak.
“Dalam video awak cakap ikan makan dua ekor sahaja, sebenarnya total enam hidang,” katanya lagi.
Di hujung video, wanita itu menambah, jika belum jelas dengan harga yang dikenakan, dia bersedia untuk bertemu dengan Mawi dan Ekin.
Menerusi hasil carian admin, didapati posting berkenaan caj harga makanan yang mahal di Instagram Ekin telahpun dipadam dan diharapkan isu ini dapat diselesaikan secara baik antara dua pihak.
Sumber: TikTok, Sinar Harian