in

“Dark betul tu” – Ramai ‘Touching’ Dengar Ucapan Selamat Hari Bapa Cik B Dekat Datuk Vida

Happy Fathers Day Cik B Vida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkenal dengan gelagatnya yang bersahaja dan pandai berbisnes, video terbaru daripada anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B telah menarik perhatian ramai.


Dalam posting yang dimuat naik di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlyn Zamileen Muhammad Amin, 19 telah memaparkan dirinya membawa sebiji kek dan memberi ia kepada DSV dengan ucapan Selamat Hari Bapa.

@cikb_havoc

Happy fathers day mama ❤️

♬ original sound – cikb_havoc66 – cikb_havoc66

Artikel berkaitan: “Thank you sayang walaupun…” – [VIDEO] Luahan Hati Cik B Kepada DSV Buat Ramai Tersentuh

Artikel berkaitan: “Lebih baik tak payah jumpa” – Dato’ Vida Tak Pernah Halang Anak-anak Jumpa Bapa, Bimbang Keselamatan Cik B & Kacak

Video tersebut membuat rata-rata netizen sebak apabila Cik B mengatakan bahawa dia tidak mempunyai bapa dan menyambutnya dengan ibu kerana DSV merupakan segala-galanya buat dia.

Sebab Cik B tak ada ayah. So nak letak apa? Selamat hari bapa buat ayah yang tak ada? 

“Mama adalah ayah, ibu, kakak, kawan dan semuanya,” kata Cik B.

Datuk Vida yang melihat gelagat anaknya itu menunjukkan reaksi terkejut dan bertanya mengapa kek Hari Bapa itu diberikan kepadanya.

“Mak dialah segala-galanya bagi dia” 

Video tersebut mendapat pelbagai komen daripada netizen yang tertanya-tanya di manakah keberadaan bapa Cik B yang sebenar.

Mana Ayah Cik B

Untuk rekod, Cik B adalah anak hasil perkahwinan pertama Datuk Vida dengan Mohd Amin Yasin yang mana dikurniakan empat orang cahaya mata.

Walau bagaimanapun, anak pertama dan kedua pasangan itu meninggal dunia dalam satu kejadian kebakaran pada tahun 2013.

Bapa Cik B juga pernah menjadi sebutan ramai empat tahun lepas apabila lelaki itu meluahkan rasa rindu kepada anak-anaknya dan membuat tuntutan hadanah seperti hak lawatan, bermesra dan bermalam bagi kedua-dua adik beradik tersebut (Cik B dan Kacak) dengan menamakan Datuk Vida sebagai defendan.

Namun difahamkan kedua-dua beradik berkenaan tidak mahu bertemu dengan ayah mereka kerana takut.

Untung DSV ada anak yang baik macam Cik B… 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.