in

“Daripada merapu meraban, better buat pengisian macam ni” – Pengguna Twitter Cadang Empat Isu Ini Diberi Penekanan Dalam Kursus Kahwin

Untitled Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bakal pengantin diwajibkan menghadiri kursus pra-perkahwinan, untuk mempersiapkan diri masing-masing dengan pengetahuan sebelum memasuki alam perkahwinan bersama pasangan pilihan mereka.


Biasanya, kursus selama dua hari itu akan menyentuh hal ehwal rumah tangga seperti adab pergaulan suami isteri, hukum hakam feqah dan sebagainya.

Kursus2

Kursus3

Semua pengisian dan modul itu mungkin sama, cuma penekanan yang diberi sewaktu peserta menghadiri kursus itu berlainan — atas faktor kekangan masa, kekurangan tenaga pengajar atau sebagainya.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @theBananacle mengusulkan agar empat perkara utama ini diberi tumpuan atau penekanan dalam setiap penganjuran kursus pra-perkahwinan di negara ini.

Bukan apa, kadar penceraian dalam kalangan pasangan di negara ini semakin membimbangkan.

Kajian oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara pada 2014 menunjukkan, lebih 1/3 perkahwinan yang berakhir dengan penceraian berlaku dalam tempoh 5 tahun pertama perkahwinan!

Dan mostly bercerai atas faktor kewangan, serta pelbagai alasan remeh lain.

So, apa antara perkara utama yang perlu difokuskan kepada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga ni supaya mereka celik dan matang dalam menguruskan kehidupan berkeluarga?

1. Merancang Kewangan

Izzati1

Ini memang penting, sebab gagal menguruskan kewangan keluarga dengan baik boleh menjadi punca pasangan bercerai — lagi-lagi zaman sekarang, kos sara hidup meningkat.

Jadi, dalam kursus perkahwinan tu bolehlah dibincangkan mengenai financial planning — misalnya seperti faedah mewujudkan satu akaun bersama.

Memang ada kelebihan dan kekurangannya, jadi bakal pengantin bolehlah didedahkan mengenai perkara ini.

 

2. Pengurusan Rumah Tangga

Izzati2

Ini mungkin biasa dibincangkan dalam mana-mana kursus pra-perkahwinan.

Namun, penekanan boleh ditumpukan kepada tanggungjawab setiap individu dalam menguruskan kerja-kerja rumah.

Contohnya, kalau suami isteri bekerja — bolehlah delegate task mana yang perlu dibuat secara adil dan saksama, dan yang penting saling memahami antara satu sama lain.

Kalau suami penat, isteri bantu and vice versa.

 

3. Merancang Keluarga

Izzati3

Ini penting guys, tersangat penting.

Jangan guna alasan nak meramaikan umat lagi dah, sebab kalau ramai tapi generasi yang dilahir dan dibesarkan tidak berkualiti apa gunanya.

Rancang keluarga dengan mengambil kira banyak faktor lain antaranya termasuk financial readiness, kualiti kehidupan yang korang inginkan serta kesediaan mental dan rohani masing-masing.

Bukan mudah nak membesarkan manusia ye, so rancang keluarga dengan baik — tak ramai takpa, quality over quantity okay!

Selain itu boleh juga bincang mengenai kesuburan, dan option yang ada jika masih belum dikurniakan zuriat selepas lama berkahwin.

 

4. Pengurusan Wasiat & Harta Pusaka

Izzati4

Ramai dalam kalangan kita, terutama wanita masih kurang faham mengenai kepentingan melengkapkan diri dengan pengetahuan ini — pengurusan harta Islam.

Banyak kes, kaum isteri ditinggal terkontang-kanting selepas kematian suami  kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk menuntut hak daripada tinggalan suami.

Itu belum masuk campur tangan keluarga mentua yang nak menuntut hak mereka pula, haru dibuatnya.

Jadi, pasangan yang bakal berkahwin — khatamkan ilmu faraid, hibah dan sebagainya sebagai persiapan terhadap sebarang kejadian yang tidak diduga pada masa akan datang.

Hidup tak selalunya indah kan? At least bila ‘waktu’ itu tiba, kita sudah bersedia dan tahu menggunakan saluran yang betul untuk menuntut hak kita.

Empat cadangan yang diusulkan ini rata-ratanya menerima reaksi positif daripada netizen.

Modul

Faraid

Rights

Planning

Mungkin modul kursus pra-perkahwinan boleh dikaji semula lepas ni?

 

Baca: “Once kita kahwin, sampai situ sahaja career mu” – Nak Isteri Ada Degree, Tapi Tak Bagi Kerja?

Kk

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.