Bila bercakap tentang perumahan jenis PPR (Projek Perumahan Rakyat) atau flat, pasti ada di antara kita yang terbayang rasa kurang selesa suasana kawasan perumahan tersebut.
Ada sahaja isu yang kurang enak timbul sehingga menjadi perbincangan hangat netizen di media sosial.
Namun, perkongsian kali ini mendapat reaksi berbeza apabila dipaparkan suasana kawasan perumahan PPR Lembah Subang 1 yang amat cantik dan kemas.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Lain Daripada Yang Lain, ‘Rider’ Terkejut Tengok Sofa & Meja Jadi Dekorasi Luar Rumah
Artikel berkaitan: “Syabas & hebat!” – Geng Sukarelawan Melayu Tolong Kemas Rumah Keluarga Cina, Siap Belikan Perabot Baru!
Menerusi video yang dimuat naik oleh Sulieza Sulaiman, memaparkan keadaan sebelum dan selepas kerja pengubahsuaian membabitkan bahagian koridor, tangga dan lif perumahan itu.
Dapat dilihat, kerjasama jiran tetangga di perumahan itu berjaya melakukan transformasi dari sebuah PPR yang kotor dan suram terus menjadi kondominium mewah.
@nsulieza Kerjasama sesama jiran setingkat #Pertandingankebersihandankeceriaan #kitauntukkita #k2k #thinkcity #pprlembahsubang1 #kediamankitatanggungjawabkita #blokd #fyp #pprtolobbyhotel
Difahamkan penduduk melakukan inisiatif itu sempena pertandingan Kebersihan dan Keceriaan PPR Lembah Subang 1 yang dilakukan sejak bulan Ogos lalu. Setiap penghuni menghiasi koridor di aras mereka dengan kreativiti masing-masing.
Netizen puji usaha penghuni PPR
Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial memuji usaha hasil ubah suai dilakukan penduduk PPR berkenaan.
Ramai yang mengatakan usaha yang dilakukan sedikit sebanyak mengubah persepsi buruk penduduk PPR yang sering dikaitkan dengan sikap pengotor dan mentaliti rendah.
Dalam pada itu, netizen juga mencadangkan agar penduduk memasang kamera CCTV bagi mengelak berlakunya vandalisme yang boleh mencacatkan hiasan yang diusahakan mereka.
Sumber: TikTok