Pelakon dan juga penyanyi, Fazura mengakui sebenarnya dia telah menyimpan impian untuk menjadi seorang penyanyi sejak kecil lagi.
Menerusi temu bual rancangan SEA Today News yang kemudian dimuat naik peminatnya di laman TikTok, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin turut mendedahkan dia sudah boleh menulis lirik lagu sejak umur belasan tahun.
Artikel berkaitan: Promosi Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’, Persembahan Fazura Di Indonesia Jadi Perbualan Netizen
Artikel berkaitan: “Jangan ambil kesempatan. Pakai otak” – Isu Lagu Duet Dengan Fattah, Pengurus Fazura Beri Penjelasan
“Sejujurnya impian saya dari kecil saya suka menyanyi. Dan ketika saya berumur 11 atau 12 tahun, saya dah boleh menulis lirik,” ujarnya.
Pendedahan itu dibuat selepas ditanya soalan sama ada dia mahu memilih untuk menjadi penyanyi atau pelakon. Aktres yang juga seorang usahawan ini menjawab dia lebih memilih untuk menjadi pelakon.
“Berlakon, saya suka sangat berlakon. Saya mulakan karier saya dalam industri juga dengan berlakon.
“Kemudian baru saya menyanyi,” katanya.
@fazura.officialstore suka dengar Faz cakap indo lancar sangat 🥰😍 #fazura #tudungfazura cred vid: @seatodaynews
Difahamkan, Fazura hadir ke rancangan SEA Today News di Indonesia untuk mempromosi lagu duet dengan Fattah Amin, Bertahan Demi Cinta.
Lagu Bertahan Demi Cinta sebelum ini pernah menjadi bualan hangat apabila dilancarkan selepas Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Sejak semalam, aktres berusia 41 tahun itu menjadi perbualan netizen gara-gara menyanyikan single terbaharunya secara langsung dalam rancangan tersebut.
Sumber: TikTok