Korang tahu tak, Jaipur, adalah salah satu bandar paling menarik di India tau! Mana tidaknya, bandar yang dikenali sebagai Pink City ini menawarkan kombinasi sejarah, budaya, makanan enak, dan lokasi-lokasi yang cantik untuk bergambar. Bandar yang terkenal dengan seni bina megah, pasar yang meriah, serta pengalaman unik ini hanya boleh didapati di Rajasthan, India.
Jadi kaki-kaki travel sekalian, apa kata korang tengok itinerary 3 hari 2 malam yang penuh dengan pengalaman-pengalaman mengujakan sampai buat korang tak sabar nak tempah tiket ke Jaipur sekarang jugak!
Hari 1: Kenali sejarah Jaipur yang penuh dengan spot Instagrammable!
Pagi: Hawa Mahal & Sarapan di Kafe Hipster
Sampai sahaja di Jaipur, korang patut mulakan eksplorasi dengan salah satu bangunan paling ikonik iaitu Hawa Mahal! Struktur merah jambu dengan ratusan tingkap-tingkap kecil ni memang unik gila dan merupakan spot OOTD wajib apabila datang ke Jaipur. Nak lagi best, datang awal pagi sebab cahaya matahari akan buat bangunan ni nampak lagi glowing.
Lepas puas bergambar, korang boleh pergi ke Tapri Central, kafe rooftop yang sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong ni memang sangat cozy dan santai sesuai untuk korang lepak sambil menikmati teh masala dan makan hidangan ringan seperti cheese toast atau maggi masala yang padu!
Tengah Hari: City Palace & Jantar Mantar
Selepas berehat, korang boleh bergerak ke City Palace, istana megah yang pernah menjadi kediaman rasmi maharaja Jaipur. Kat sini, korang boleh tengok sendiri koleksi seni, pakaian diraja, dan ruang istana yang dihias dengan penuh kemewahan. Jangan lupa tangkap gambar di Peacock Gate—pintu berukiran burung merak berwarna-warni yang sangat cantik dan artistik!
Tak jauh dari situ, ada Jantar Mantar, sebuah tapak warisan dunia UNESCO yang dipenuhi dengan alat astronomi berusia lebih 300 tahun. Walaupun tempat ini nampak seperti tapak kajian sains, bentuk unik alat-alat di sini menjadikannya salah satu lokasi bergambar yang sangat menarik!
Petang: Patrika Gate & Kelas Memasak Rajasthan
Perjalanan diteruskan ke Patrika Gate, satu lagi mercu tanda Jaipur yang terkenal dengan warna-warna terang dan seni bina simetri yang sangat cantik. Tempat ini percuma untuk dikunjungi, jadi memang rugi kalau tak singgah!
Untuk pengalaman yang lebih unik, korang boleh menyertai kelas memasak Rajasthan, di mana korang boleh belajar cara membuat Dal Baati Churma, sejenis hidangan tradisional yang popular di Jaipur. Seronok bukan sahaja dapat belajar, tapi boleh makan hasil air tangan sendiri!
Pilihan halal: Kalau nak makan malam yang eksklusif, korang boleh ke Muhammadi Palace di Sindhi Camp yang terkenal dengan biryani, kebab, dan Mutton Nihari.
Hari 2: Lihat Pemandangan Jaipur Dari Atas
Pagi: Belon Udara Panas & Sarapan di Café Padao
Hari kedua kita mulakan dengan pengalaman luar biasa—naik belon udara panas! Dari atas, korang boleh menikmati pemandangan istana lama dan padang pasir Jaipur, terutamanya ketika matahari terbit. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan!
Lepas itu, korang boleh bersarapan di Café Padao, sebuah restoran atas bukit yang memberikan pemandangan indah bandar Jaipur. Tempat ini sesuai untuk bersantai sebelum menyambung perjalanan.
Korang juga boleh singgah di Al-Bake Restaurant yang terkenal dengan Mandi Rice dan Shawarma halal.
Tengah Hari: Amber Fort & Makan Tengah Hari di Laxmi Mishthan Bhandar
Destinasi seterusnya ialah Amber Fort, salah satu istana terbesar di India yang mempunyai reka bentuk dalaman yang sangat cantik. Jangan lupa singgah di Sheesh Mahal, dewan cermin yang akan bersinar apabila terkena cahaya. Nampak macam istana dalam cerita dongeng!
Selepas meneroka Amber Fort, korang boleh cuba makanan tempatan di Laxmi Mishthan Bhandar (LMB), restoran vegetarian yang terkenal di Jaipur sejak 1954. Restoran ini menyajikan hidangan tradisional Rajasthan seperti Dal Baati Churma, Gatte Ki Sabzi, dan Rajasthani Thali yang memang kaya dengan rasa rempah asli.
Hari 3: Explore Pengalaman Tempatan
Hari terakhir di Jaipur, apa kata korang luangkan masa di Johari Bazaar dan Tripolia Bazaar, dua pasar terkenal yang menawarkan pelbagai barangan Rajasthan seperti kain bercorak block-print, perhiasan emas dan batu permata, serta cenderamata unik.
Tip: Johari Bazaar lebih kepada perhiasan dan fabrik, manakala Tripolia Bazaar terkenal dengan barangan kulit dan barangan tembaga yang klasik!
Tengah Hari: Makan Tengah Hari di Karim’s Jaipur
Selepas membeli-belah di pasar terkenal Jaipur, korang boleh menikmati makan tengah hari di Karim’s Jaipur, sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan Mughlai dan India Utara yang kaya dengan rasa dan rempah. Restoran ini adalah cawangan salah satu restoran legenda di Old Delhi, yang sudah lama terkenal dengan makanan halal berkualiti tinggi.
Antara hidangan yang wajib dicuba termasuk Butter Chicken (ayam dalam kuah mentega berkrim), Mutton Korma (kari kambing pekat berempah), dan Laal Maas (kari daging pedas khas Rajasthan). Roti naan yang lembut serta kebab yang dipanggang sempurna menjadikan hidangan di sini lebih enak.
Jom Jelajah India dengan AirAsia!
India adalah destinasi yang kaya dengan budaya, sejarah, dan pengalaman unik yang menanti untuk diterokai. Dari bandar bersejarah seperti Lucknow dan New Delhi, keindahan pantai di Visakhapatnam dan Trivandrum, hingga ke seni bina kolonial di Kolkata, setiap lokasi menawarkan keistimewaannya tersendiri.
Sama ada korang peminat makanan, suka meneroka tempat-tempat bersejarah, atau sekadar ingin menikmati keindahan alam semula jadi, India mempunyai sesuatu untuk semua orang!
Berita baik untuk korang, dengan promosi India, Onz! dari Air Asia korang boleh rancang perjalanan ke India dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik.
Nikmati tambang berbaloi dan penerbangan yang selesa ke Lucknow, Kolkata, Jaipur, Visakhapatnam, Ahmedabad, Trivandrum, dan New Delhi tanpa perlu transit yang memenatkan.
Untuk tempahan yang lebih pantas dan tawaran eksklusif, jangan lupa muat turun aplikasi AirAsia MOVE dan nikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar.
Jadi tunggu apa lagi? Tempah tiket AirAsia kat sini dan bersiap sedia untuk pengembaraan epik. India, Onz!