Kebanyakan tempat pengangkutan awam akan menyediakan lif, eskalator dan tangga untuk digunakan oleh orang awam. Dah tentunya ramai yang memilih untuk menaiki eskalator sebagai kemudahan untuk naik atau turun.
Tak pelik, kadang-kadang eskalator di satu-satu tempat tak dapat digunakan kerana tidak berfungsi atau sedang diselenggara. Tapi takkanlah sampai 5 tahun?
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah memuat naik ciapan pengalamannya berurusan dengan eskalator rosak di stesen LRT Sri Rampai di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Untuk pengetahuan korang, lima tahun lepas Muz telah membuat aduan mengenai eskalator yang rosak ini kepada Rapid KL di Twitter.
https://twitter.com/MuzamilIdris/status/796248232976257024
Rapid KL kemudiannya menjawab aduan tersebut dengan mengatakan yang mereka sedang menunggu alat ganti untuk memperbaiki eskalator yang rosak itu.
Hi @MuzamilIdris maaf atas kesulitan. Buat masa ini kami sedang menunggu alat ganti untuk memperbaiki eskalator berkenaan.”
“Dari 2016 tak dapat spare part lagi”
Kelmarin, selepas lima tahun, Muz sekali lagi memberitahu yang eskalator sama di stesen LRT Sri Rampai tersebut masih tidak berfungsi.
https://twitter.com/MuzamilIdris/status/1458046132114784257
Ciapan Muz ini sekali lagi mendapat perhatian Rapid KL yang kemudiannya meminta maaf atas maklum balas yang terdahulu dan memberitahu penyelenggaraan eskalator ini bukan di bawah tanggungjawab mereka dan turut sertakan gambar sebagai rujukan. Ah pulak dah…
Rapid KL kemudiannya menyarankan orang ramai untuk membuat aduan ke DBKL dan turut memberikan pautan untuk berbuat sedemikian.
“Bujang sampai dan anak ke-3 tak repair2 lagi”
Netizen lain yang melihat tweet ini turut luahkan rasa kecewa mereka dengan perkembangan terbaru yang dikongsikan oleh Muz ini. Ada yang sampai dah kahwin dan beranak pinak dah pun.
Harapnya, pihak yang bertanggungjawab dapatlah baiki semula eskalator ni. Kesian orang-orang tua atau orang kelainan upaya nak kena naik tangga…