Sebagai pemilik kedai makan dan restoran, kita seharusnya menjaga kebersihan premis dan makanan yang kita jual untuk mengelakkan keracunan makanan dalam kalangan pelanggan.
Namun, ada juga sesetengah premis menjual makanan yang mungkin terlepas pandang tentang perkara ini.
Seperti sebuah kedai yang menjual popia yang terkenal di Melaka ini apabila premis itu diarahkan tutup selama 14 hari untuk dibersihkan setelah Jabatan Kesihatan Negeri mendapati bahawa dapur premis itu kotor.
Memetik laporan Buletin TV3, keadaan dapur di kedai popia itu bukan sahaja kotor malah najis tikus juga turut ditemui di situ.
Artikel Berkaitan: Menjijikkan! Kedai Runcit Di Melaka Simpan Sayur Yang Nak Dijual Dalam Tandas
Artikel Berkaitan: Basuh Pinggan ‘Celup-celup’ Dalam Tong Sampah, Netizen Geli Tengok Restoran Ni Tak Jaga Kebersihan
Ada juga bahan mentah untuk memasak makanan yang diletakkan bersebelahan dengan tong sampah.
Selain itu, ada juga bahan-bahan makanan yang dibiarkan terdedah dan diletakkan di atas lantai.
Premis itu didapati kotor setelah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka membuat operasi pemeriksaan di sekitar daerah Melaka Tengah semalam.
Tempat membungkus popia juga berselerak dengan bahan yang boleh menyebabkan pencemaran pada makanan.
Difahamkan, ada juga pekerja kedai terbabit yang memakai perhiasan diri ketika mengendalikan makanan.
Selain kedai popia ini, ada dua lagi kedai makan yang diarahkan tutup sementara iaitu kedai sarapan pagi di Ayer Leleh dan Durian Daun, lapor Astro AWANI.
Sumber: Astro AWANI, Buletin TV3