in

“Dapat berdakwah” – Tampil Dengan Imej Baru, Da’i Syed Kongsi Pengalaman 21 Hari Dalam Penjara

Dai Syed Pengalaman Penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendakwah selebriti Da’i Syed yang hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengakui hidupnya gelap sepanjang tempoh 21 hari meringkuk dalam penjara bagi menjalani hukuman atas kesalahan merogol seorang wanita pada tahun 2020.

Syed atau nama lengkapnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, yang berimej botak ketika ditemui media berkata, pengalaman berada dalam penjara merupakan sebuah kenangan pahit sepanjang hidupnya.


Ajar mengaji, sambut Maulidur Rasul

Meskipun berasa hidupnya gelap pada masa itu, dia mendakwa telah diberikan layanan baik dan berkesempatan untuk berdakwah kepada banduan-banduan di Penjara Kajang.

Artikel berkaitan: Da’i Syed Ke Penjara Kajang, Mahkamah Tolak Rayuan Tangguh Hukuman

Artikel berkaitan: “Da’i Syed bernasib malang” – Peguam Dakwa Pendakwah Selebriti Tak Dapat Perbicaraan Adil?

“Masuk penjara kan, gelap hidup saya pada ketika itu. Tapi alhamdulillah, kesihatan saya dalam penjara baik-baik saja.

“Semua okey (layanan dalam penjara), alhamdulillah dapat berdakwah dalam penjara, ajar orang mengaji, sambut Maulidur Rasul dalam penjara, mengenalkan kepada banduan ini tentang nabi dan rasul. Jadi, ada kesempatan dalam penjara itu untuk memberi sedikit manfaat dan ilmu,” katanya.

Whatsapp Image 2024 09 24 At 10.41.09 E1727146979807

Syed hadir ke mahkamah hari ini bagi kes rayuan membabitkan dirinya atas pertuduhan merogol. Mahkamah telah menetapkan 5 November depan sebagai tarikh sebutan semula.

Menurut peguam yang mewakili Syed iaitu Datuk Abu Bakar Isa Ramat, pihaknya mendapat penangguhan pelaksanaan terhadap keputusan mahkamah sesyen.

Justeru, mahkamah tinggi membenarkan anak guamnya dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu pelupusan kes rayuan.

Katanya, prosedur dibebaskan dengan jaminan adalah perkara biasa dan akan dilakukan oleh pihak peguam yang mewakili anak guamnya.

Sumber: Instagram, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.