in

“Dapat apa je?” – Sebak Tengok Guard Bungkus Dinner RM5, Pemuda Terus Belanja Lauk Ayam

ft belanja pak guard makan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila melihat video ini, dapat kita jadikan pengajaran bahawa kalau kita tengah susah, ada yang sekarang ini jauh lebih susah daripada kita dan kalau kita buatkan orang rasa gembira, kita mesti akan rasa dua kali ganda gembira.

Kisahnya individu yang dikenali sebagai Bang Jad ternampak ada seorang pak guard ini ingin membeli nasi campur, tapi duit yang ada di tangannya hanya ada RM 5 sahaja. Dengan harga sekarang yang makin mencanak naik, memang tidak logik untuk dapatkan satu menu makanan dengan jumlah sekecil itu.


 

“Makan apa je RM5? Makan nasi dengan kuah je ke?”

Sebak melihat keadaan pak guard itu, Bang Jad berbesar hati ingin belanja pak guard tersebut untuk ambil apa juga lauk yang dia mahukan.

Screenshot 2023 07 03 175117 Screenshot 2023 07 03 175157

“Tergerak hati nak tolong guard ni, betul-betul ada RM5 je, sejuk hati dapat nasi, ayam, lauk campur.”

Selepas bungkusan siap, dapat dilihat pak guard tersebut tersenyum lebar setelah mengambil bungkusan tersebut. Bagi pemuda ini, dia hanya berharap agar pak guard tersebut dapat menikmati makanan yang lebih enak pada malam dia menghulurkan bantuan kepada pak guard ini.

Dalam masa 2 hari, video tersebut telah meraih lebih daripada 700K jumlah tontonan dan rata-rata netizen sebak dan memuji tindakan mulia pemuda ini dengan mendoakan agar dirinya dilimpahi rezeki yang membuak.

Screenshot 2023 07 03 175903 Screenshot 2023 07 03 180002 Screenshot 2023 07 03 180027

Dapat belanja orang dan buatkan orang rasa gembira pun dah dianggap satu rezeki buat kita, mudah-mudahan ramai lagi yang akan terikut cara dia ni.

Baca : [VIDEO] Netizen Tersentuh Tengok Baim Wong Bantu ‘Repair Aircond’ Kereta Pakcik Di Langkawi, Siap Belanja Makan!

ft baim wong bantu langkawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.