in

Dapat Amaran Perang & Siren Berbunyi, Penduduk Seoul Panik Lepas Korea Utara Lancarkan Satelit

amaran korea selatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siren serbuan udara yang sangat jarang berlaku dan amaran untuk berpindah menggegarkan penduduk ibu kota Korea Selatan, Seoul, awal pagi tadi apabila Korea Utara melancarkan apa yang didakwa satelit.

Menurut Reuters, Korea Utara melancarkan roket satelit itu ke arah selatan dan ia menyebabkan amaran kecemasan dan amaran pemindahan di beberapa bahagian Korea Selatan serta Jepun.


Siren tersebut bermula di Seoul pada jam 6:32 pagi waktu tempatan, penduduk bandar itu mengeluarkan ‘Presidential Alert’ yang meminta rakyat bersiap sedia untuk kemungkinan pemindahan.

Fxak4lAaMAE8NYa

Tidak lama kemudian, amaran kedua pemindahan dikeluarkan selama sekurang-kurangnya 10 minit sebelum pihak berkuasa bandar berkata ia merupakan satu kesilapan teknikal.

Pun begitu, setakat ini tiada lagi kenyataan daripada Korea Utara berkenaan pelancaran satelit berkenaan.

Sebagai info, kedua-dua negara boleh dikatakan ‘masih berperang’ sejak tujuh dekad selepas Perang Korea berakhir dengan gencatan senjata.

Selain itu, ‘alert’ dan ‘evacuation’ adalah topik trending di Twitter di Korea Selatan pagi tadi, dengan rata-rata penduduk negara itu keliru untuk memahami apa yang sedang berlaku atau mencari kawasan pemindahan.

Baca: Tular Juruterbang Persis Pelakon Korea, ‘Oppa’ Black Eagle Diserbu Peminat

Pilot Black Eagles

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.