in

Danny Rolling: Kisah Pembunuh Jadi Inspirasi Filem ‘Scream’, Sempat Kongsi Cara Elak Dibunuh ‘Serial Killer’

collage 22

Selama empat hari pada 1990, pembunuh bersiri Danny Rolling telah menggemparkan Gainesville di mana dia telah membunuh seramai lima orang pelajar Universiti Florida.

Walaupun kes pembunuhan ini telah mendapat liputan media yang besar, Danny Rolling yang mendapat gelaran “Gainesville Ripper” ini tak pernah ditangkap untuk pembunuhan tersebut.

Pembunuhan ini hanya terbongkar selepas Danny ditahan disebabkan kes pecah rumah sebelum dia membuat pengakuan tentang pembunuhan yang dianggap antara pembunuhan terburuk dalam sejarah Florida.

Bukan itu sahaja, pembunuhan di Gainesville ini turut menjadi bertambah popular selepas sebuah filem bertajuk Scream telah dibuat, diinspirasikan dari kejadian ngeri ini.

Dekat bawah ni adalah kisah benar tentang pembunuh bersiri kejam Danny Rolling…

Artikel berkaitan: Kisah Elizabeth Bathory, Pembunuh Bersiri Wanita Paling Prolifik Dalam Sejarah

Artikel berkaitan: Mary Bell: Kanak-kanak Jadi Pembunuh Bersiri Pada Usia 11 Tahun, Ini Kisahnya…

Kehidupan awal Danny Rolling sebelum menjadi Gainesville Ripper

Danny Rolling In Court

Danny Harold Rolling dilahirkan pada 26 Mei 1954 oleh pasangan Claudia dan James Rolling di Shreveport, Louisiana. Malang untuk Danny, bapanya yang merupakan seorang pegawai polis ini tak pernah mahukan anak dan sering mendera isteri dan anak-anaknya.

Danny baru sahaja berusia setahun apabila bapanya ini mula menderanya buat pertama kali. Dia telah dipukul kerana tak boleh merangkak dengan betul. Ketika, adiknya Kevin lahir pada 1955, penderaan menjadi bertambah teruk.

Claudia cuba untuk melarikan diri dari perkahwinan toksik ini namun setiap kali dia cuba, dia akan kembali lagi ke pangkuan suaminya. Apabila Danny gagal di sekolah semasa darjah tiga kerana sering tak hadir ke sekolah, kaunselor di sekolah tersebut menggambarkan Danny sebagai seorang yang tak ada keyakinan diri dan mempunyai kecenderungan untuk berkelakuan agresif dan mempunyai kawalan impuls yang lemah.

Ketika dia berusia 11 tahun, Danny telah mendekatkan diri dengan muzik bagi menghadapi penderaan bapanya. Manakala ibunya pada ketika ini telah dimasukkan ke dalam hospital kerana cuba mengelar pergelangan tangan. Danny kemudiannya menjerumuskan dirinya dengan dadah dan alkohol sekaligus merosakkan lagi kesihatan mentalnya.

Di usia 14 tahun, jiran Danny menangkapnya kerana telah menghendap bilik anak perempuan mereka. Ekoran ini, Danny telah dipukul teruk. Danny kemudiannya cuba mengawal diri dengan sering pergi ke gereja namun mempunyai masalah untuk mendapat kerja hingga membuatkan dia mendaftarkan diri untuk menjadi tentera.

Tentera laut tak mahu mengambil Danny, jadi dia telah menyertai tentera udara namun ia tak dapat memberikan lelaki ini keselesaan yang diinginkan. Danny akhirnya berhenti selepas menggunakan terlalu banyak dadah termasuk mengambil LSD sebanyak 100 kali.

Selepas berhenti dari ketenteraan, Danny telah berkahwin dan mula menjalani kehidupan yang normal.

Tapi, kitaran penderaan telah berterusan. Di usia 23 tahun, selepas berkahwin selama empat tahun, Danny telah berpisah dengan isterinya selepas dia mengugut untuk membunuh isterinya itu. Danny kemudiannya telah meluahkan rasa marahnya dengan merogol seorang wanita yang menyerupai bekas isterinya. Kemudian, dia telah membunuh seorang wanita di dalam satu kemalangan yang turut menyusahkan lagi kehidupannya.

Kemunculan Gainesville Ripper

gainesville ripper victims 768x252 1

Mempunyai ketinggian 6 kaki 2 inci, Danny Rolling merupakan seorang lelaki yang besar dan kuat. Dari lewat 1970 sehingga 1990, Danny telah melakukan beberapa jenayah kecil seperti mencuri sebelum membuat rompakan bersenjata untuk mendapatkan wang dan sering keluar masuk penjara di Louisiana, Mississippi, Georgia dan Alabama.

Sementara itu, tiga mayat telah ditemui di Shreveport iaitu seorang wanita berusia 24 tahun Julie Grissom, bapanya Tom Grissom dan seorang kanak-kanak Sean yang baru berusia lapan tahun, mereka semua ini telah dibunuh pada masa yang sama Danny hilang pekerjaan dan pulang ke rumahnya untuk membalas dendam.

Danny Rolling kemudiannya telah memecah masuk rumah bapanya pada Mei 1990 di mana dia telah menembak bapanya sebanyak dua kali dan hampir membunuhnya. Akibat serangan ini, James Rolling telah buta sebelah mata dan hilang telinga.

Danny kemudiannya telah menukar identiti dengan mengambil pengenalan diri dari sebuah rumah sebelum melarikan diri dari Shreveport dan mengambil bas ke Sarasota, Florida untuk memulakan hidup barunya sebagai Michael Kennedy Jr. pada akhir 1990.

Pada 24 Ogos 1990, Danny telah memecah masuk rumah Sonja Larson dan Christina Powell iaitu pelajar baru Universiti Florida. Danny telah mengikut mereka sebelum menyerang dua pelajar ini dan memulakan pembunuhannya sebagai Gainesville Ripper.

Danny telah menutup mulut kedua wanita ini dengan pita pelekat sebelum mengikat tangan mereka. Danny kemudiannya telah memaksa salah seorang dari mereka untuk membuat seks oral sebelum merogol, menikam dan membunuhnya. Danny juga turut merogol mayat Sonja selepas membunuh wanita malang ini dan mengerat puting mereka untuk disimpan sebagai trofi.

Keesokan harinya, Danny telah membunuh Christa Hoyt dengan cara yang sama. Dia telah memecah masuk rumah wanita ini, rogolnya dan mengerat puting dan letakkan disebelahnya. Danny kemudiannya memotong kepala Christa dan menegakkan badannya di katil dan meletakkan kepala yang telah dipotong di rak buku.

Gainesville Memorial 768x786 1

Ketika itu, berita pembunuhan ini telah tersebar di universiti tersebut. Pihak berkuasa telah meletakkan maklumat sebanyak yang mungkin untuk cuba menangkap pembunuhnya dan pelajar-pelajar di sana telah tidur beramai-ramai dan cuba ambil langkah berjaga-jaga.

Namun begitu, Gainesville Ripper tetap dapat membunuh sekali lagi. Pada 27 Ogos, Danny telah menyerang Tracey Paules dan Manuel Taboada. Dia telah membunuh Manuel ketika lelaki itu sedang tidur sebelum membunuh Tracey. Pihak berkuasa merasakan Danny tak sempat mengerat dua mangsa terakhirnya ini kerana risau ditangkap atau telah diganggu.

Kesemua pembunuhan ini telah berlaku kurang dari 2 batu dari satu sama lain di sekitar Universiti Florida. Disebabkan ini, universiti tersebut telah membatalkan kelas selama seminggu, pelajar telah membawa kayu besbol bersama dengan mereka dan tak ada siapa yang berani keluar seorang diri pada waktu siang mahu pun malang.

Mereka juga turut mengunci pintu beberapa kali, ada yang tidur ikut giliran supaya seseorang sentiasa berjaga sepanjang masa. Kemudian, pada penghujung Ogos, seramai 700 pelajar tak datang semula ke universiti ini kerana takut dibunuh.

Bapa Danny Rolling yang merupakan pegawai polis selama 20 tahun bukan sahaja mengajarnya cara untuk tahan dari penderaan tapi dia juga telah mengajar lelaki ini untuk menghapuskan jejaknya selepas membuat pembunuhan.

Pihak polis tak dapat temui bukti yang cukup di tempat kejadian untuk menangkap Danny Rolling. Ini kerana, Danny tak tinggalkan pita pelekat pada mangsanya namun telah membuangnya untuk menghapuskan kesan cap jari. Danny juga telah menggunakan bahan pembersih pada badan mangsanya bagi menghilangkan kesan air mani.

Danny bagaimanapun telah berterusan mencuri di rumah-rumah dan di stesen-stesen gas sebelum dia ditangkap di Ocala. Dia telah ditahan oleh pihak polis Winn-Dixie namun ketika itu mereka masih tak tahu yang lelaki tersebut merupakan Gainesville Ripper. Tangkapan ini dibuat pada 8 September, dua minggu selepas pembunuhan tersebut.

Pembunuhan yang berlaku di Shreveport telah mengaitkan Danny dengan pembunuhan di Gainesville. Ini kerana, pada Januari 1991, pihak polis telah melihat persamaan di antara pembunuhan di Shreveport dan Gainesbille hingga mereka mebuat keputusan untuk mengambil DNA semua banduan dari Shreveport yang telah dibebaskan.

DNA Danny Rolling ditemui sama dengan DNA yang ditinggalkan di Gainesville menyebabkan dia telah didakwa atas tuduhan membunuh.

Danny kemudiannya mengaku telah melakukan pembunuhan di Universiti Florida dan pihak pendakwa raya telah menemui bukti yang cukup untuk sabit lelaki ini sebelum dia kemudiannya dihukum mati pada 25 Oktober 2006.

Kongsi cara elak dari dibunuh pembunuh bersiri

GBqK0w1XQAAF8jN

Ketika di penjara, Danny juga sempat kongsikan cara-cara untuk elak dari dibunuh oleh pembunuh bersiri. Antaranya:

  • Letak kereta di tempat yang terang.
  • Beli pistol dan dapatkan permit untuk bawa pistol dan letakkan ia di dalam beg tangan supaya senang diambil.
  • Beli spray pemedih mata dan letakkan pada keychain dan sentiasa bersedia bila keluar dari kereta.
  • Kalau tingkap bilik tak ada pagar, pagarkan.
  • Letak beberapa botol kaca pada tingkap.
  • Pasang langsir
  • Beli tombol yang tak boleh buka dari luar dan pasang dalam bilik supaya boleh kurung diri dalam bilik.
  • Tidur dengan pistol bawah bantal.
  • Kalau seseorang kacau, lawan sekuat hati, jerit sekuat mungkin dan semburkan muka dengan penyembur pemedih mata dan sepak celah kangkangnya dan cakar mukanya.
  • Keluarkan pistol dan tembak dia.

Danny turut berkata yang langkah-langkah ini memang membuatkan seseorang itu kelihatan paranoid, tapi inilah yang sebaiknya.

Sumber: ati, Twitter