in

Dana Awam RM70 Juta Disyaki Diseleweng, SPRM Beku Akaun Aman Palestin

Aman Palestin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia antara yang sentiasa menunjukkan keprihatinan dan sanggup memberi bantuan dalam pelbagai cara terutamanya melalui bantuan sumbangan wang kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab.

Namun, belakangan ini timbul isu tentang penyelewengan dana derma kepada Palestin yang dilakukan sebuah NGO terkenal di Malaysia.


Artikel berkaitan: Netizen Dakwa Badan NGO Kutip Derma Untuk Palestin ‘Fishy’, Sudah Kena Ban Di Perlis?

Terbaharu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat Aman Palestin Berhad dan beberapa entiti syarikat lain berjumlah RM15.868 juta selepas didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Menerusi kenyataan SPRM, tindakan itu diambil selepas siasatan terhadap NGO terbabit dijalankan sejak 17 Oktober lalu.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1727528338963697739

Pihak SPRM membuat penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

“Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya.

Screenshot 2023 11 23 121837

SPRM turut merakam keterangan beberapa saksi penting dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.

Perkara ini pasti mengejutkan ramai pihak terutama kepada mereka yang telah menyalurkan sumbangan kepada NGO terbabit.

Sumber: Harian Metro

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.