Nampak betapa bahayanya Coronavirus lepas korang baca ni.
Dengan hanya berdiri bersebelahan sahaja kita sedang terkena virus itu dan ianya sepantas 15 saat! Lapor WORLD OF BUZZ.
Ia da hterjadi sendiri kepada seorang lelaki berumur 56 tahun dari Zhejiang, China yang selama ini sihat belaka dah terkena jangkitan Coronavirus padahal tak pernah pergi ke Hubei, tempat yang mecacatatkan jumlah tertinggi jangkitan.
Pesakit tak pakai topeng
Macam mana boleh berjangkit macam tu sekali? Menurut epidemiologi, mereka mengkaji bahawa lelaki malang itu berada di kawasan Jiangbei di Chongquing, China.
Dia mungkin terkena virus itu selepas menghabiskan masa membeli barang dapur di beberapa pasar yang berbeza.
Dia dikatakan berdiri telah berhampiran seorang wanita berusia 61 tahun yang sudah menunjukkan tanda-tanda penyakit itu, kurang dari 15 saat ketika mereka berdua menyaksikan sambutan perayaan sebelum mereka berpisah.
Malah, kedua-dua mereka tidak memakai topeng, yang mungkin menjadi sebab utama bagaimana virus itu sendiri dapat ditransmisikan.
Akibat penemuan ini, 19 orang yang dilihat bersentuhan dengan pesakit itu juga telah dikuarantin dan dipantau dengan teliti.
Memandangkan kes ni dah ada kat Malaysia, lebih baik kita ambil langkah berjaga-jaga. Pakai topeng dan kurangkan berinteraksi dengan orang luah lebih-lebih lagi kalau dia tengah sakit.