Hari ini, rata-rata orang ramai menumpukan perhatian terhadap konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang semakin menghampiri Gaza, Palestin.
Namun, daripada 44 buah kapal yang berlayar, berbelas kapal termasuk kapal yang disertai oleh sukarelawan Malaysia ditahan dan setakat artikel ini ditulis seramai 12 orang aktivis dari Malaysia kini dalam tahanan tentera Israel.
Artikel berkaitan: “Misi kami aman, dilindungi undang-undang” – Aktivis Brazil Bantah Ancaman Isra*l Halang GSF
Artikel berkaitan: Israel Siap Sedia Halang Kapal GSF, Ini Mungkin Apa Yang Akan Berlaku Terhadap Semua Aktivis
Aktivis, Akhi Fairuz Al-Jengkawi mendedahkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) banyak membantu Sumud Nusantara.
“Masa awal-awal Rahmat Sumud Nusantara berlayar dari Sepanyol, aku ada wasap dia, ‘kau orang nanti melalui laut sekitar Tunisia, Libya, Mesir dan sampai bumi G kan?
Lalu Rahmat jawab mereka lalu laluan antarabangsa. Lalu aku cakap, minta Anwar Ibrahim call Presiden Mesir si As-Sisi supaya senang untuk sampai ke G. Lalu, beliau jawab, ‘Mesir Firaun, tak bagi laluan. Actually Anwar dah bantu banyak sangat. Serius padu PMX!,” tulisnya di Facebook.
Akhi Fairuz juga berkata meskipun berlainan fahaman politik namun dia menggesa orang ramai untuk memberikan sokongan terhadap PMX.
Malah, Akhir Fairuz juga berkata dia terkilan dengan sesetengah individu yang meninggalkan emoji ketawa dalam kenyataan PMX yang menghentam Israel.
Dalam pada itu, menerusi media sosial, PMX memuat naik sebuah video yang menyatakan beliau dan sedang berhubung secara terus dengan pihak berkepentingan bagi memastikan sukarelawan Malaysia dan ASEAN dibebaskan serta-merta.
View this post on Instagram