in

“Dalam bidang ni, macam-macam boleh kena” – Shila Amzah Terkena Buatan Orang?

Shila Amzah Kena Sihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi anak seni sememangnya banyak dugaan yang perlu ditempuhi, mereka bukan sahaja perlu sentiasa camera ready malah mereka juga sentiasa terbuka kepada kecaman serta kritikan orang ramai.

Baru-baru ini, terdapat khabar angin yang mengatakan penyanyi popular tempatan Shila Amzah terkena sihir.


Menurut laporan Kosmo!, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah berkata, sejak kebelakangan ini, dia jarang keluar rumah untuk mengelak daripada terkena perkara yang sembarangan.

“Saya mengambil langkah berjaga-jaga. Sejak dua menjak ini, saya sering jatuh sakit juga sebenarnya. Selepas habis Gegar Vaganza (GV), selalu sakit.

Sungguhpun begitu, saya cuba untuk tidak selalu keluar rumah atau berjumpa dengan orang sangat. Kalau keluar pun, atas urusan kerja atau bersukan bersama orang-orang yang saya percaya.

Sekarang ini, saya sedang dalam proses untuk mendapatkan balik kesembuhan itu. Insya-Allah,” katanya.

Pelantun lagu Patah Seribu itu memberitahu dia mendapatkan rawatan moden dan juga tradisional untuk sembuh daripada penyakit misteri yang sukar untuk digambarkan itu.

https://www.instagram.com/p/CmO_2uFPbjx/

Dia turut memberitahu, kesakitan yang dialaminya itu langsung tidak menunjukkan perubahan selepas berjumpa doktor sekali gus membuatkan dia berasa mungkin ada ‘benda lain’ yang mengganggu.

“Benda tersebut (sihir) memang disebut dalam al-Quran dan ‘hidup’ di sekeliling kita. Jadi, untuk saya bukanlah satu benda yang luar biasa sangat. Cuma, saya sendiri tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Bila ‘terkena’, sudah tentu kita kena kuat semangat.

Kena kumpul balik kekuatan untuk bekerja sebab benda begini macam gangguan contohnya membuatkan kita malas, ‘spacing’ dan kadang-kadang saya termenung entah kenapa.

“Nak cakap sesuatu tiba-tiba terlupa. Ada masa saya tak nak keluar rumah dan lebih suka menyendiri. Itu semua memang bukan saya,” katanya.

Selain itu, Shila turut berkongsi kemurungan atau anxiety yang dialaminya semakin pulih.

Baca: “Saya struggle mental dan fizikal!” -[VIDEO] Shila Amzah Dah ‘Muak’ Dengan Komen ‘Body Shaming

Untitled Design 2022 06 02T130340.498

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.