in

Dakwaan Rom Belajar Bina Kapal Daripada Orang Melayu, Persatuan Akademik Mohon UIAM Ambil Tindakan

rom belajar buat kapal dengan melayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Solehah Yaacob baru-baru ini mendakwa, teknik pembinaan kapal tamadun Rom zaman dahulu dipercayai dipelajari daripada pelaut Melayu.

Menurutnya lagi, kepakaran orang Melayu dalam bidang maritim dan pembinaan kapal telah bermula sejak era kerajaan Funan dan berkembang pesat di Alam Melayu, sebelum mempengaruhi tamadun luar termasuklah Rom kuno.


Tambah Solehah lagi, pengaruh Fenisia turut mendorong kepada perkembangan teknologi maritim nusantara, terutamanya dalam kemahiran pembinaan kapal.

574084699 122288801204030146 489346383270492945 n

solehah 1

Orang Rom belajar daripada orang Melayu macam mana cara hendak membuat kapal. Orang Melayu pula belajarnya daripada Fenisia.

“Tok nenek kita (mempunyai) kapal yang besar, beratus-ratus bahtera sehingga ditulis dalam artikel.

“Banyak lagi artikel yang ada dengan saya tetapi tidak boleh tunjukkan semuanya,” katanya dalam satu video syarahan di Youtube.

Artikel berkaitan: Beri Ceramah Dakwa Siti Khadijah RA Dari Alam Melayu, Prof. Solehah Beri Penjelasan

Persatuan akademik mahu UIAM ambil tindakan 

Dalam pada itu, Persatuan Kakitangan Akademik (ASA) menggesa pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil tindakan segera dan sewajarnya terhadap seorang ahli akademik yang mana tindakan dan kenyataan awamnya dilihat melanggar piawaian etika, profesionalisme dan integriti akademik.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 4 November lalu, persatuan ini memohon tindakan sedemikian dibuat kerana ia bukan sahaja menjejaskan tanggungjawab sosial, namun menimbulkan risiko besar terhadap reputasi serta nama baik universiti yang tidak boleh dipandang ringan.

Kredibiliti institusi kita bergantung pada integriti, akauntabiliti dan profesionalisme kakitangan akademiknya.

“Sebagai sebuah komuniti yang diasaskan atas pencarian kebenaran, keadilan dan keilmuan beretika, semua ahli akademik dijangka menegakkan piawaian tertinggi integriti akademik, kejujuran intelektual, profesionalisme dan kelakuan bermoral sama ada di dalam mahupun di luar persekitaran kampus.

“Oleh itu, ASA menyeru pihak pengurusan universiti agar mengambil tindakan segera dan sewajarnya mengikut peraturan serta prosedur yang ditetapkan terhadap mana-mana ahli yang mungkin telah melanggar tanggungjawab tersebut,” kata kenyataan tersebut.

Walaupun tidak menyebut secara langsung nama ahli akademik yang dimaksudkan, kenyataan itu difahamkan hadir selepas tular satu lagi kenyataan kontroversi melibatkan Pensyarah UIAM, Prof Dr Solehah Yaacob.

Terdahulu, dakwaan daripada pensyarah bahasa Arab ini telah menarik perhatian netizen yang mengecam dan mengkritik kredibilitinya dalam mengulas mengenai beberapa isu.

Sumber: Sinar Harian, Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.