Tular satu ramalan yang telah mendatangkan rasa cemas orang ramai apabila individu yang mendakwa dirinya sebagai seorang geologist ini mengatakan bahawa dia kononnya dah tahu bahawa banjir teruk akan berlaku sebelum itu.
Susulan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia semalam telah tampil menjawab ‘pendedahan’ tersebut.
Maklumat Palsu
Selain sudah dapat meramalkan, individu tersebut turut menyatakan bahawa bakal ada gelombang kedua pada 25, 25 dan 26 Disember (hujung minggu ini) kejadian Monsun Timur Laut dan meminta orang ramai bersiap sedia.
Tweet viral yang dikongsikan sejak 18 Disember lalu itu disangkal oleh pihak MET Malaysia dengan menyatakan bahawa maklumat itu palsu.
#metmalaysia#KementerianAlamSekitarDanAir#KeluargaMalaysia#KeluargaMalaysiaSiagaBencana#TakPastiJanganKongsi pic.twitter.com/jeTwU9vlVd
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 22, 2021
“MET Malaysia ingin menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”
Dalam satu kenyataan semalam, MET Malaysia juga meminta orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang sahih di saluran yang betul iaitu laman media sosial rasmi MET Malaysia atau melalui talian Hotmail 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.
Tweet yang telah meraih lebih daripada 1,000 jumlah perkongsian ini disokong netizen, rata-rata mengecam dan mempersendakan individu tersebut kerana kerja sebagai geologist bukanlah untuk meramal cuaca.
Geologist lah sangat – Netizen
Dalam pada itu, ramai netizen meminta agar individu tersebut dikenakan tindakan segera kerana memberi kenyataan palsu. Alahai dik kalau ya pun, buat lah research dulu.