Bagi mereka yang meminati genre Sambarock, korang pasti kenal dengan pemuzik dan penyanyi tanah air, Darkkey Nagaraja.
Baru-baru ini, penyanyi lagenda tersebut telah menarik perhatian netizen apabila memuat naik gambarnya lengkap berpakaian sut di dalam ‘istana’ dan mendakwa telah menerima gelaran ‘Dato’.
https://www.facebook.com/DarkkeyNagarajaOfficial/posts/775399343955814
Dalam posting yang dikongsikan di Facebook, beliau telah merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokongnya dan menganggap penerimaan gelaran itu sebagai satu penghargaan kepadanya.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua (peminat) yang percaya dengan perjalanan seni saya sejak dari mula,” tulisnya.
“Tak pasti sama ada orang scam awak atau tidak tapi…”
Meskipun posting berkenaan menerima pelbagai komen ucapan tahniah dari netizen, namun ada di kalangan peminatnya yang berasa pelik melihat ‘suasana’ istana yang didakwa memberi gelaran tersebut kepada Darkkey.
Menerusi pemerhatian netizen, tirai dewan yang kelihatan murah, tingkap nako dan karpet kuning yang hampir tertanggal dari tangga membuatkan ramai yang ragu-ragu sama ada itu istana tulen atau palsu.
Ada juga yang bimbang penyanyi tersebut telah ditipu oleh pihak tertentu yang menjanjikan gelaran ‘Dato’ kepadanya.
Sehingga setakat ini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan daripada pihak penyanyi tersebut berkaitan kesahihan gelaran Dato yang diterimanya.