in

Dakwa Terganggu Dengan Suara Bilal, Wanita Berang Terjah Masuk Masjid

Ft Wanita Mengamuk Dalam Masjid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular baru-baru ini berkenaan dengan video yang terjadi di dalam sebuah masjid yang terletak di Batu Feringghi, Pulau Pinang.  Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada 12 Mac lepas yang memperlihatkan seorang wanita masuk ke dalam masjid tanpa menutup aurat.

Lebih mengejutkan lagi apabila wanita tersebut pergi ke bahagian jemaah lelaki, sumber melaporkan bahawa wanita itu tidak berpuas hati dengan suara bilal yang telah mengganggu kejiranan terdekat.


Artikel berkaitan : 2 Warga Singapura Mengamuk Ditegur Isi Minyak Dalam Tong, Beri Alasan Untuk ‘Go Kart’

Artikel berkaitan : Tak Senonoh! Lelaki Mengamuk Lepas Ditegur Buang Air Besar Dekat Tempat Wuduk Surau Awam

Bahkan, dikatakan bahawa wanita itu ada bertanya beberapa soalan kurang sopan berhubung suara bacaan imam dan bilal yang didakwanya menganggu kejiranan situ.

Oleh itu, Pengerusi Kariah Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi, Ismail Din mengesahkan perkara tersebut dan pihaknya sudah tampil membuat laporan polis dan segala tindakan akan diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Memang insiden itu berlaku di masjid ini beberapa hari lalu, namun saya harap orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri.”

Menjelaskan kejadian secara terperinci, Ismail menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku kira-kiran dalam jam 10 malam pada tarikh, wanita berkenaan ada bertanya kepada seorang jemaah mengenai suara bacaan bilal dan memberikan complain berkenaan suara terlalu kuat itu.

“Wanita berkenaan datang sendirian dan kebetulan ketika itu kebanyakan jemaah melakukan solat sunat witir serta hampir selesai.”

“Pada mulanya saya tidak mahu panjangkan hal berkenaan namun apabila insiden itu tular di media sosial, pihak pengurusan masjid terpaksa membuat laporan polis bagi mengelak kejadian yang sama berulang.” 

Screenshot 2024 03 18 114137

​Jelasnya, insiden ini adalah kali ketiga berlaku di masjid tersebut oleh wanita yang sama cuma dua sebelum ini  ia dilakukan menerusi kiriman surat kepada siak masjid.

Katanya, wanita terbabit turut  mendakwa laungan azan Subuh di masjid itu mengganggu jiran yang sedang tidur.

“Tiada laporan polis dibuat ketika itu dan kami sudah memastikan penggunaan pembesar suara tidak mengganggu kejiranan.”

“Namun ketika hari kejadian, kami dapati wanita terbabit seakan-akan mempunyai masalah kesihatan berkaitan mental dan kerana itulah laporan polis tidak dibuat sehinggalah ia tular di media sosial, barulah laporan polis dibuat,” katanya lagi.

Menurut Ismail, dia juga turut dihubungi kakak kepada wanita itu dan mendakwa adiknya memang mempunyai masalah kesihatan berkaitan mental selepas pulang dari luar negara.

“Wanita itu mendakwa adiknya sebelum ini seorang yang taat kepada agama dan sering menaja individu bagi menunaikan umrah. Dia kemudian menetap di London sebelum mengalami gangguan kesihatan mental sebaik pulang ke tanah air.

“Bagi kejadian ini, saya berharap orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri dan bertenang serta serahkan kepada tindakan polis.

“Kami juga tiada tindakan susulan, cuma merancang mahu mengadakan majlis pertemuan supaya dia boleh membuat permohonan maaf serta merapatkan kembali ukhwah kedua-dua pihak.

“Kami faham dia ‘sakit’ dan tidak mahu ia berlarutan, cuma biar sahaja pihak berkuasa jalankan tindakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Jelasnya, laporan dibuat pada 15 Mac lalu di Balai Polis Batu Feringghi dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Sumber : X, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.