Masih hangat diperkatakan mengenai isu dakwaan wanita bernama Mondy Tattoo dari Indonesia yang mendakwa dirinya telah menjadi mangsa gangguan seksual kepada pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Terbaru, sahabat kepada Ebit iaitu Ustaz Derry Sulaiman dari Indonesia tampil mempertahankan pendakwah tersebut dengan mendakwa segala tuduhan yang dilemparkan Mondy adalah penipuan semata-mata.
Artikel berkaitan: “Kalau boleh cepat sikit” – Sedia Bagi Bukti, Caprice Cabar Ebit Lew Hantar Surat Saman?
Artikel berkaitan: Baru Tiba Dari Jeddah, Ebit Lew Terus Buat Laporan Polis Kes Fitnah Melampau Ke Atas Dirinya
“Masalah pemerkosaan tu tidak benar Mondy bohong”
Menurut mStar, demi membuktikan kata-katanya, Ustaz Derry telah mendedahkan satu tangkap layar yang mendakwa perbualan WhatsAppnya dengan Mondy.
Dalam perbualan itu, Mondy mengakui bahawa segala apa yang diperkatakannya dalam podcast dengan Caprice adalah tidak benar dan ia dilakukan demi mendapatkan wang.
Iya yang masalah pemerkosaan itu tidak benar Mondi bohong. Yang dipegang-pegang juga Mondi bohong.
“Sebenarnya tak ada yang macam tu. Mondi cuma mahu wang saja,” katanya.
Tak cukup dengan itu juga, Ustaz Derry turut memuji keperibadian Ebit yang dikatakan sangat pemurah dan sering membawa pelbagai buah tangan sekiranya dia datang ke Malaysia.
Kalau saya pergi ke Malaysia dia akan berikan duit meskipun saya bukan tak ada duit. Saya mempunyai harta, semua ada.
“Saya selalu diberikan hadiah dibawa oleh Ebit. Akhlak yang luar biasa. Bahasa yang santun dan lembut. Allah sayang kepada kita tapi masih ada yang cari aibnya,” katanya lagi.
“Yang kami pelik was the way Mondy eja ‘mondi’ banyak kali”
Pendedahan Ustaz Derry walau bagaimanapun telah disangkal Caprice yang pelik dengan cara penulisan mesej yang didedahkan ustaz itu.
Ejaan nama Mondy juga dieja ‘Mondi’ yang mana menurut rapper berkenaan tidak pernah dilakukan Mondy semasa dia berhubung dengan wanita itu.
Tambah Caprice lagi, telefon Mondy juga sudah dirampas pihak PDRM untuk siasatan dan ustaz tersebut diminta untuk kaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang fitnah.
Menerusi perkembangan terbaru, Caprice mendakwa kesemua bukti yang didedahkan oleh sahabat pendakwah itu telah pun dipadam.
Salam ustaz Derry kenapa kamu padam semua bukti chat? Kamu sudah fitnah dan sebar fitnah kepada masyarakat Indonesia, Malaysia dan ibu bapa Mondy.
“Kami ada rakam semua content dan live ustaz dan kami akan ambil tindakan di Indonesia dalam masa terdekat InsyaAllah,” katanya.
Selain itu, ada juga di kalangan netizen yang mengatakan Ustaz Derry telah mengubah kapsyen posting selepas perasan nombor telefon yang tertera tidak sama dengan apa yang ditunjukkan Caprice.