Susulan laporan yang dibuat Puteri Balqis beberapa hari lalu, bapa kandung kepada pelakon remaja itu dilaporkan telah ditahan polis semalam membabitkan kes serangan seksual, pengabaian dan memiliki bahan lucah.
Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lelaki berusia 43 tahun tersebut ditahan di Kedah pada jam 2.25 petang semalam.
Polis juga katanya telah merampas telefon bimbit milik suspek dan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisis.
Saringan ujian air kencing ke atas suspek adalah negatif serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” kata polis.
Suspek akan dibawa ke Majistret Mahkamah Shah Alam untuk permohonan reman sebelum reman dibenarkan sehingga 12 September ini.
Terdahulu, kecoh diperkatakan mengenai pendedahan yang dibuat pelakon berkenaan dalam satu rancangan podcast di Youtube berkenaan dakwaan gangguan seksual yang diterimanya dari bapa kandung.
Susulan tular isu ini, kedua-duanya iaitu mangsa dan bapa kandung telah membuat laporan pollis berkenaan hal tersebut.
Pelakon berkenaan juga mendedahkan sikap buruk bapanya terhadap si ibu yang membuat kehidupan mereka menderita.
Dalam pada itu, isu yang dihadapi pelakon remaja berkenaan juga telah mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun yang mahu siasatan dibuat ke atas mangsa dan bapa kandungnya.
Apa-apapun kita tunggu siasatan lanjut daripada pihak polis berkenaan isu ini.
Baca: “Apa tujuan?” – Siar Temuramah Puteri Balqis, NGO Kecam Youtuber Sebab Lakukan ‘Eksploitasi Seksual’