in

Dakwa Housemate & Mangsa Orang Yang Sama, Netizen Rasa Kisah ‘Housemate Pocong’ Hanya Rekaan?

ft rumah jalan kebun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah malang seorang guru yang meninggal dunia kerana tinggal serumah dengan hantu pocong di Jalan Kebun, Shah Alam dilihat menjadi tumpuan netizen, malah ramai yang bersimpati melihat nasib guru tersebut kerana jatuh sakit sehingga nyawanya tergadai.

Kisah ini jadi hangat selepas ada seorang TikToker meminta izin kepada individu asal yang dipercayai guru untuk membuat perkongsian, tidak lama selepas dikongsikan, rakan serumah yang dikatakan hanya menetap sementara itu ada menghubung TikToker tersebut memaklumkan guru tersebut telah meninggal dunia akibat gangguan itu.


Untuk baca kisah penuh, boleh ikuti pautan di bawah ini.

Artikel berkaitan : Pernah Tular Kisah Tak Sedar Tinggal Sebumbung Dengan Pocong, Wanita Dikhabarkan Sudah Meninggal Dunia

Artikel berkaitan : Peniaga Jual ‘Roti Pocong’ Dekat Bazar, Tapi Netizen Lagi Gerun Tengok Harga

Bagaimanapun, timbul pula satu dakwaan baru yang mendakwa bahawa cerita ini seolah-olah direka. Ia berdasarkan pemerhatian seorang pengguna X apabila dia meneliti corak penulisan antara wanita yang membuat hantaran asal dengan penulisan rakan serumah itu dari segi ejaan. Jadi, dia mendakwa guru yang ‘sudah meninggal dunia’ dan housemate itu adalah orang yang sama.

rumah jalan kebun rumah jalan kebun 2

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seolah-olah ‘terbuka mata’ apabila melihat ‘siasatan’ yang dilakukan oleh pengguna ini. Setelah membuat pemerhatian secara terperinci, ada di antara mereka mula terfikir akan jalan cerita yang dianggap seperti tidak logik itu.

rumah jalan kebun 3 rumah jalan kebun 4 rumah jalan kebun 5

Andai kata cerita ini rekaan semata-mata, mesti ramai yang kecewa.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.