Seorang wanita yang dikenali sebagai Wana tampil membuat permohonan maaf secara terbuka buat penyanyi Shila Amzah dan suaminya atas fitnah yang mendakwa penyanyi tersebut terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga.
Dia akui kesilapan dan menyesali tindakannya itu telah memberikan impak buruk buat pasangan itu.
Artikel berkaitan : “Mustahil saya sebahagia ini” – Shila Amzah Tepis Dakwaan Ubai ‘Biawak Hidup’
Artikel berkaitan : Kecewa Dengan Tindakan Amy Search, Ubai Sedia Bersemuka Untuk Bincang & Selesaikan Masalah
“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Ubai dan Shila atas komen dan tindakan saya yang telah menyinggung perasaan mereka berdua. Saya amat kesal dan sedar bahawa perbuatan saya.”
“Saya amat kesal dan sedar bahawa perbuatan saya walaupun tidak berniat buruk telah memberi kesan yang tidak baik buat mereka.”
“Saya tidak bermaksud untuk mengaibkan atau menyakiti Ubai atau Shila. Sebagai manusia biasa saya akui saya juga tidak lari daripada melakukan kesilapan.”
Wana juga berharap agar Shila dan Ubai boleh memaafkannya dan berjanji untuk mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.
“Saya berdoa agar Ubai dan Shila dapat menerima permohonan maaf saya ini dengan hati terbuka. Saya ambil perkara ini sebagai pengajaran besar dan akan lebih berhati-hati dalam setiap perkongsian atas tindakan saya selepas ini.”
“Sekali lagi saya memohon maaf, semoga Allah melembutkan hati kita semua dan memberi ruang untuk saling bermaafan. Saya ingin ucapkan terima kasih kerana mahu mendengar permohonan maaf daripada saya.”
Sebelum ini, Ubai ada meminta bantuan netizen untuk mengesan wanita yang didakwa telah menaburkan fitnah terhadap isterinya itu. Individu itu didakwa mempersoalkan tanggungjawab Ubai sebagai suami dan menganggap keluarga penyanyi itu ditanggung sepenuhnya oleh Shila.
Sumber : mStar Online