in

Dakwa Ada Maklumat Kes Simbah Asid Faisal Halim, Polis Cari ‘Muhammad Imran Suresh’

Muhammad Imran Suresh Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti seorang pemilik media sosial yang menggunakan nama Muhammad Imran Suresh berkaitan kenyataan yang dikeluarkan tentang kes simbah asid terhadap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim.

Memetik laporan Kosmo!, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, usaha itu sedang dilakukan kerana polis mahu melihat maklumat apa yang dia ada dan memboleh membantu siasatan polis.


“Jadi, kita mahu kesan dia untuk melihat maklumat apa yang dia ada boleh membantu siasatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil bukan mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan siasatan,” katanya.

Artikel berkaitan: Pelaku Guna Asid Sulfurik Pekat Punca Faisal Halim Melecur Tahap 4

Artikel berkaitan: Polis Kini Buru Suspek Pecahkan Cermin Kereta Safiq Rahim

Snapinsta.app 441938531 17968809950708362 5288007758034747491 N 1080

Dalam pada itu, pihak polis memaklumkan siasatan lanjut dari pelbagai sudut masih dilakukan terhadap suspek yang ditahan direman semalam.

Sejak semalam, kecoh mengenai beberapa hantaran penama Muhammad Imran Suresh yang dimuat naik di Instagram Story, mendakwa mengetahui kejadian sebenar yang menimpa pemain bola sepak tersebut.

Malah, dia juga mendakwa telah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes melibatkan Faisal namun diminta menutup mulut daripada mendedahkan mengenai kejadian sebenar yang menimpa pemain berkenaan.

Sementara itu, pemain sayap kebangsaan itu dilaporkan semakin stabil selepas melakukan pembedahan kedua di hospital swasta, Shah Alam pada petang semalam.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.