Pendakwah selebriti, Da’i Syed telah diperintahkan ke penjara serta merta hari ini selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun termasuk tiga sebatan atas kes merogol seorang wanita pada tujuh tahun lepas.
Hakim Adlin Abdul Majid telah memutuskan demikian lepas menolak rayuan Da’i Syed atau nama penuhnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, untuk ketepikan sabitan dan penangguhan hukuman tersebut.

Keterangan tertuduh bersifat penafian semata-mata dan tiada alasan khas bagi menangguhkan hukuman itu.
“Ia merupakan kesalahan yang serius dan sabitan serta hukuman dikenakan sebelum ini adalah selamat, justeru hukuman penjara itu bermula hari ini,” katanya.
Artikel berkaitan: “Dapat berdakwah” – Tampil Dengan Imej Baru, Da’i Syed Kongsi Pengalaman 21 Hari Dalam Penjara
Artikel berkaitan: “Da’i Syed bernasib malang” – Peguam Dakwa Pendakwah Selebriti Tak Dapat Perbicaraan Adil?
Kronologi kes
Terdahulu, pada 30 Ogos 2024, Syed Shah Iqmal dilaporkan menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita.

Syed Shah Iqmal kemudian mengaku tidak bersalah pada 10 Disember 2020 atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019 lalu.
Namun pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.
Pendakwah bebas ini walau bagaimanapun diperintahkan Mahkamah Tinggi untuk membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
Sumber: Sinar Harian
