in

“Da’i Syed bernasib malang” – Peguam Dakwa Pendakwah Selebriti Tak Dapat Perbicaraan Adil?

Syaz Ft 2024 09 02T171548.945

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peguam serta aktivis Asiah Abd Jalil merasakan hukuman yang dikenakan kepada pendakwah Syed Shah Iqmal atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Hukuman penjara 10 tahun serta 3 sebatan yang dikenakan itu susulan pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.


Artikel berkaitan: Da’i Syed Ganggu Isteri Orang Ketika Hana Sedang Hamil?

Artikel berkaitan: “Minta ditegur dengan baik, tapi tetap sayangkan mereka” – Kenyataan Isteri Da’i Syed Jadi Perhatian

Dalam hantaran yang dibuat oleh peguam itu di Facebook, dia berpendapat kes tersebut bukanlah kes rogol sebaliknya ia adalah kes zina.

“Menghukum seorang lelaki kerana berzina suka sama suka, di bawah undang-undang jenayah sivil, ia adalah salah.

Sepatutnya kedua-dua lelaki dan perempuan hendaklah sama-sama dihukum di bawah undang-undang jenayah syariah.

Zina bukan rogol. Tidak adil hanya lelaki dihukum, kerana masyarakat cenderung untuk merasa simpati kepada wanita,” tulisnya.

Peguam itu juga berkata setiap orang mempunyai hak mendapat tiga kali peringkat mahkamah iaitu mahkamah bicara, rayuan serta rayuan kedua.

Malah, Asiah berkata dia berasa Da’i Syed bernasib malang kerana terlibat dengan orang yang salah dan jika pendakwah selebriti itu tidak menolak cinta ‘mangsa’ itu mungkin tiada kes rogol seperti ini.

Sumber: Facebook 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.