Siapa tak kenal Sugu Pavithra? Pasangan suami isteri ini mencipta nama di YouTube tahun lepas. Video yang dimuat naik pasangan berbangsa India dalam Bahasa Melayu mendapat perhatian dan sering ditunggu ramai.
Kini Sugu Pavithra kembali selepas menyepi selama 4 bulan tanpa sebarang video di YouTube. Bermula dengan video Briyani Kambing dan Salad Timun seminggu yang lalu, sehingga artikel ini ditulis, Sugu Pavithra telah memuat naik 5 video.
Rindu netizen terubat
Dengan langganan sehingga 817k di channel YouTube, ternyata ramai netizen yang merindui video memasaknya.
Ternyata ramai yang rindu kehadiran pasangan ini di Youtube. 4 bulan tunggu baru keluar video baru.
Sekarang Sugu Pavithra dah buat comeback. Sekali upload sampai 5 video seminggu, puas hati netizen.
Betul, rakyat Malaysia semua support. Tak kira bangsa, semua sabar tunggu video baru dari channel Sugu Pavithra.
Ye betul, lama tak nampak. Harap lepas ni terus upload content masakan lagi. Dah nak dekat masuk bulan puasa ni, mesti ramai yang nak try resepi.
Untuk korang yang nak tengok video terbaharu dari Sugu Pavithra, korang boleh KLIK SINI
Baca: “Selamat kembali…” – Sugu Pavithra Buat Kejutan Lagi, Bakal Muat Naik Video Baru Petang Ini