Baru-baru ini telah tular sebuah video di Twitter, memaparkan seorang kanak-kanak yang berbaju merah didakwa tertinggal di sebuah stesen minyak selepas ibunya tidak menyedari kehilangan anaknya itu.
Menerusi video berkenaan, kanak-kanak itu dilihat telah meminjam telefon bimbit milik salah seorang pekerja stesen minyak berkenaan untuk membuat panggilan kepada ibunya.
“Selalu orang tinggal card, wallet, barang. Ni tinggal anak. Budak ni datang tanya nampak tak kereta waja mak saya. Kita macam ehhh mak dia tinggal dia ke.”
“Al kisahnyerr. Mak dia dah gerak nak keluar dari RnR Seremban. Lepas tu. Ingatkan mak dia cemas. Rupanya dia kena bebel,” tulisnya di video asal.
Apa yang menjadi perhatian netizen ialah apabila si ibu bertindak meninggikan suara terhadap kanak-kanak tersebut melalui panggilan telefon itu sebelum meminta anaknya untuk menunggu sehingga dijemput semula.
Susulan kejadian itu, staf stesen minyak berkenaan dilihat mengajak kanak-kanak itu untuk tunggu di dalam stesen sementara ibu bapanya kembali untuk mengambilnya.
“Dah tunggu situ! Eh bertuah betul lah budak ni,” kedengaran jawapan ibu kepada kanak-kanak tersebut.
Video berkenaan menjadi tular setelah meraih lebih 4 juta jumlah tontonan dan mendapat hampir 10,000 likes dalam masa sehari ia dimuat naik ke Twitter.
“Cara mak dia bercakap is so defensive..” – Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan ibu itu yang didakwa meninggikan suaranya dan seolah-olah menyalahkan anaknya itu.
Selain itu, ada juga warganet yang menitipkan pesanan agar ibu bapa tidak berkelakuan kasar dengan anak-anak kerana ia boleh menyebabkan trauma kepada mereka serta menyebabkan masalah lain pada masa hadapan.
Apa pendapat korang?
Sumber: Twitter
Baca : [VIDEO] Sempena Hari Ibu, Anak Hadiahkan Cincin Emas Hasil Kumpul Duit Jual Jajan