Tidak lama dulu, hangat diperkatakan mengenai gosip pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang didakwa sudah mempunyai kekasih baharu meskipun baru mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar.
Walaupun belum diketahui kesahihan perkara berkenaan, rancangan hiburan terkenal, Melodi telah bertanyakan hal tersebut kepada bapa Syamsul, Yusof Haslam.
Artikel berkaitan: “Kalau betul apa salahnya” – Foto Syamsul Yusof Tersebar, Dakwa Dengan GF Baru?
Artikel berkaitan: Syamsul Belum Berhubung Dengan Mak Ayah Selepas Cerai, Yusof Haslam Fikir Positif Anak Sibuk Kerja
Yusof Haslam tak tahu menahu isu Syamsul ada kekasih baharu
Menerusi perkongsian TikTok Melodi, Yusof memaklumkan bahawa agak terkejut mendengar gosip yang mengaitkan Syamsul dengan seorang ahli perniagaan wanita.
Menurutnya, dia tidak tahu menahu mengenai hubungan anaknya dengan wanita tersebut dan perkara tersebut adalah di luar pengetahuan Yusof dan isterinya.
Saya rasa mungkin tidak. Saya rasa mungkin masa dia beli kereta dulu, jadi dia kenal dengan tauke itu dan dia ada anak perempuan.
Tapi saya tengok, gambar lama rasanya tu. Tapi kalau gambar itu benar atau tidak, saya tidak boleh menjawab. Yang boleh menjawabnya, dialah (Syamsul),” kata Yusof.
Malah Yusof juga menjelaskan tindakan isterinya memberi ‘like’ kepada posting wanita berkenaan yang menurutnya, ia bukan bermakna isterinya memberi restu tetapi hanya sebagai tanda dia melihat perkara tersebut.
Usia dah jangkau 70 tahun, sebak tunggu anak pulang
Dalam pada itu, Yusof juga meluahkan rasa terkilannya kepada Syamsul Yusof yang dikatakan sudah lama tidak melawat dan menjejakkan kaki ke rumah mereka.
Menurutnya, dia dan isteri sudah lama reda dan tidak menyimpan rasa tidak senang hati kepada anak mereka.
Malah dia juga sedih kerana mengenangkan usia mereka yang bakal menjangkau 70 tahun tidak lama lagi dengan ramai rakan-rakan yang seusia nereka sudah ‘pergi’.
Terserah pada Syamsul kalau dia nak balik jumpa mak dia. Tapi kalau dia tak nak balik, terserah. Tepuk dada tanya selera.
“Kami dah menjangkau 70-an pada tahun depan. Kita tak tahu bila masa kita akan pergi. Ramai kawan-kawan seperjuangan saya yang telah pergi.
“Kepada anak saya, jangan tunggu sampai bapak kau dah tak ada, baru kau nak cari mak bapak kau. Dan jangan menganggap apa sahaja yang bapak dan mama luahkan itu, sebagai kita nak merendah-rendahkan kamu,” katanya.
@melodiberapi Tangisan dan luahan hati seorang ayah yang rindu dan menantikan anaknya pulang 😢 #meloditv3 #datukyusofhaslam #syamsulyusof #ceritaartismalaysia #sensasi #panas #gosip #fypシ゚viral
Dalam nada sebak, Yusof juga mengakui dia sangat merindui akan anaknya dan tiada istilah yang mengatakan dia membenci anaknya.
Kita reda dengan apa yang berlaku. Saya doakan yang baik untuk anak saya,” katanya lagi.
Kita doakanlah yang terbaik buat mereka sekeluarga.
Sumber: TikTok