in

“Dah tak tahan…” – Budak Lelaki 6 Tahun Lari Lepas Didera Bapa & Ibu Tiri

dera anak 1

Kes penderaan kanak-kanak kini berada di tahap yang merisaukan, kita semakin banyak membaca cerita dan menonton video berkaitan isu ini di media massa dan juga media sosial.

Rumah sendiri juga bukan tempat yang selamat untuk kanak-kanak, satu kes penderaan berlaku di Jempol, Negeri Sembilan di mana seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dipercayai didera oleh ibu tiri serta bapa kandungnya sendiri.

cats 29

Video penuh klik di sini.

Artikel berkaitan: Mengadu Takut Pergi Taska, Ibu Luluh Bila Dapat Tahu Anak Didera Pengasuh

Artikel berkaitan: Didakwa Gunakan Isu Kanak-kanak 7 Tahun Didera Untuk Promosi, Spa Terkenal Dilabel Tidak Sensitif?

Video kanak-kanak itu mengadu kepada beberapa individu yang dipercayai seorang guru tular di media sosial, dalam video itu kanak-kanak tersebut menceritakan bahawa dia melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan didera oleh kedua-dua ibu bapanya itu.

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai pukul 2.30 petang bahawa terdapat seorang kanak-kanak lari dari rumah.

“Terdapat kesan luka pada badan kanak-kanak itu. Polis menyelamatkan mangsa dan membawanya ke Hospital Jempol bagi mendapatkan rawatan.

Siasatan awal mendapati mangsa didera sejak Mac lalu hingga sekarang. Anak sulung daripada empat beradik itu dipukul ibu tiri dan bapa kandungnya menggunakan tangan, ditendang serta dirotan menggunakan senduk kayu,” katanya.

Difahamkan, selepas pemeriksaan lanjut dijalankan terdapat banyak kesan luka serta parut di badan mangsa, dia kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Bapa kandung mangsa berusia 27 tahun, merupakan seorang pekerja di kilang kayu dan ibu tiri berusia 31 tahun ditangkap pada hari yang sama. Mereka direman untuk siasatan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sumber: Kosmo!