in

“Dah sihat ko post nazak” – Bonda Rozita ‘Sound’ Anak, Aliff Syukri Sebenarnya Dah Pulih Dari COVID 19?

Bonda Rozita Sound Anak Sendiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang mengikuti posting usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri di media sosial, dia telah memaklumkan bahawa dijangkiti COVID 19 sebaik pulang bercuti dari Turki.

Menurut Aliff, dia kini menghidap COVID 19 tahap 3 dan sedang dirawat di hospital kerana mengalami masalah dalam sistem pernafasan.


Aliff Sakit

 

“Posting minta maaf kat netizen, habis kat mak tak nak minta maaf?” 

Walau bagaimnaapun, menerusi perkongsian ibu kepada Aliff, Bonda Rozita Ibrahim di Instagram, dia memaklumkan bahawa anaknya sebenarnya sudah sembuh dari wabak tersebut dan kini dalam keadaan baik-baik saja.

Malah menurutnya, posting Aliff sebelum ini seakan-akan ‘gimik’ semata-mata kerana penyakit yang dialami anaknya itu tidaklah seteruk mana yang disangka netizen.

https://www.instagram.com/p/CYF96tKpKcC/

Kau jangan nak poyo sangat Syukri. Ko tak ada kerja sana. Tangan kau gatal menaip bagai nak rak. Hadis dan doa mana Kri copy. 

“Lepas tu yang jadi mangsa netizan Mak, Ida dengan keluarga yang tinggal ni! Kau jangan cari pasal! Mak serang Kri kat sana! Ko jangan ye, jangan Mak buat betul-betul. 

“Ko sorang je yang sakit, dah sembuh pun kan tak payahlah nampak nazak sangat. Mak nangis suruh check sebelum tu ko tak nak dengar. Dah sihat ko post nazak… sepak mak hantar kat hospital tu baru ada akai,” tulisnya.

Menurut Rozita, anaknya memang benar menghidapi COVID 19 tempoh hari dan kini dalam proses pemulihan. Namun tahap kesihatannya tidak seteruk seperti yang dikatakan Aliff sendiri kerana menurutnya, Aliff kini sudah pulih.

Apa-apapun kita doakan semoga Dato’ Aliff dah benar-benar sembuh dan boleh hiburkan kita seperti biasa di media sosial. 

Baca: “Takot umur tak panjang” – Aliff Syukri Dijangkiti COVID 19 Stage 3, Mohon Doa Cepat Sembuh

Aliff Syukri Covid 19 Stage 3

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.