Kejadian yang berlaku di Damansara Damai yang tengah tular ini membuktikan bahawa bahaya ada di mana-mana, memang kaum wanita kena lebih berhati-hati apabila keluar berseorangan.
Ketika wanita ini sedang berjoging berseorangan, dia perasan ada seorang lelaki naik motosikal berpusing di tempat yang sama sebanyak 2 kali.
Artikel Berkaitan : [VIDEO] Menjijikkan! Rakaman Travelog Seorang Tourist Diganggu Lelaki Pervert Depan Masjid
Artikel Berkaitan : “Trauma dah aku nak healing sorang” – Pemuda Dikacau Oleh Lelaki ‘Pervert’ Ajak Buat Benda Bukan-bukan
Lelaki pelik tersebut kemudiannya memberhentikan motosikalnya dan buat-buat tanya soalan kepada wanita itu. Dalam keadaan takut wanita ini hanya menjawab acuh tak acuh sahaja sebelum beredar.
Lebih menakutkan lagi, lelaki tersebut tidak beredar tetapi pusing di kawasan sama 4 kali lagi sebelum memberhentikan motornya itu di hadapan wanita ini. Rasa gemuruh wanita ini bertambah apabila lelaki tersebut melakukan aksi tak senonoh.
Lelaki itu membuka seluarnya dan melakukan aksi onani di hadapannya dan tanpa berfikir panjang, wanita ini yang berasa takut dan trauma terus beredar dari situ dengan pantas.
Aku tak paham kenapa la wujud lelaki macam ni. Gila s*x ke. kejadian di Damansara Damai. orang perempuan sila extra berhati-hati kalau jalan sorang sorang.
? Nuwanaaaaaaaa pic.twitter.com/OXbCZaiSBC
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) January 14, 2024
Video yang telah meraih lebih daripada 2,200 jumlah perkongsian dalam masa 17 jam ia dikongsikan. Ia juga membuatkan ramai netizen rasa marah dan gerun apabila menontonnya. Ada yang kongsikan pengalaman lebih kurang sama seperti dalam video ini.
Dalam pada itu, ramai juga yang menasihatkan wanita ini agar tidak berjalan berseorangan terutamanya jika tempat itu tidak ramai orang. Min tengok sendiri pun rasa geli campur gerun.
Sumber : X