Orang ramai dinasihatkan untuk membeli barang keperluan yang perlu sahaja dan tak perlu untuk borong semua dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Hal ini demikian kerana mereka masih dibenarkan keluar rumah untuk membeli barang keperluan namun hanya ketua keluarga atau wakil sahaja yang dibenarkan.
Orang ramai berpusu-pusu ke supermarket memborong barang keperluan untuk prepare bekalan makanan sewaktu PKP ni. Hal ini menyebabkan beberapa makanan harian seperti roti dan pun kehabisan stok di pasaran.
Melalui kenyataan ringkas daripada Syarikat Gardenia Bakeries (KL), iaitu salah satu syarikat pengeluar roti di Malaysia memaklumkan yang mereka tidak dapat menambah bekalan produk itu di pasaran, lapor Berita Harian.
Hal ini demikian kerana pengeluaran roti Gardenia di Malaysia dah capai tahap maksima.
Walau bagaimanapun bukan bermaksud syarikat ni akan berhenti beroperasi, mereka akan tetap beroperasi sepanjang tempoh PKP ni dan cuba untuk lakukan yang terbaik untuk memenuhi keperluan pengguna harian.
Rata-rata netizen menimbulkan rasa kecewa dan tak puas hati dengan segelintir individu yang selfish dengan memborong roti tanpa memikirkan orang lain.
Agak-agak lah orang lain pun nak gak roti tu!
Janganlah beli banyak2 oii
Korang still boleh beli roti brand lain, tapi ingat jangan borong banyak sangat dan ambil mana yang perlu je untuk buat bekalan.