in

“Dah rancang majlis kahwin, teruskan” – Perhimpunan Berkaitan PRN Melaka Saja Dilarang Mulai 25 Okt Ini

majlis kahwin dibenarkan 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat ketetapan baharu semalam dengan melarang sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuklah majlis pelancaran jentera pilihan raya bermula 25 Oktober hingga 27 November ini.

Menurut Astro AWANI, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi satu posting di Twitter menjelaskan bahawa larangan ini telah ditetapkan meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan umum SOP PRN dalam masa terdekat.


Perkara ini juga dijelaskan selepas tular satu video di media sosial memaparkan seorang pemimpin politik berkumpul di dalam satu majlis berkaitan pilihan raya yang tidak mematuhi SOP COVID 19.

SPR akan umumkan SOP PRN dalam masa terdekat. Namun SOP PRN hanya terpakai waktu kempen bermula. 

“KKM risau sebelum itu ada banyak majlis politik yang tidak mematuhi SOP. Oleh itu, dibawah Akta 342, bermula esok (hari ini), sebarang majlis berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan,” katanya.

 

“Kepada yang telah rancang majlis kahwin, teruskan” 

Pengumuman tersebut walau bagaimanapun telah menimbulkan kekeliruan di kalangan netizen yang menganggap majlis sosial seperti majlis kahwin juga tidak dibenarkan diadakan.

Walau bagaimanapun, Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein Onn menerusi tweetnya pula menjelaskan majlis sosial seperti majlis perkahwinan dibenarkan diadakan mengikut SOP yang ditetapkan.

Kenyataan yang dikeluarkan KKM hanya untuk aktiviti, perhimpunan, majlis sosial berkaitan pilihan raya sahaja.

Nampaknya mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan dalam masa terdekat ini bolehlah menarik nafas lega kerana tak perlu tangguh-tangguh lagi. 

Baca: Gelembung Pelancongan Domestik: Ini Langkah Proaktif KKM Bagi Menghadapi Kemungkinan Penularan COVID-19

langkawi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.