in

“Dah rancang awal” – Dikecam Tanya Soalan Sensitif Dekat Shuib, Rosyam Nor Akhirnya Buka Mulut

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika Anugerah Meletop Era 2021 (AME) berlangsung baru-baru ini, Datuk Rosyam Nor telah menanyakan soalan sensitif mengenai status Shuib sebagai duda selepas kematian isteri tercinta Siti Sarah Raisuddin Ogos tahun lalu.

Kau duda terhangat sekarang. Dah lapan bulan ni kan, ada pengganti?”

Ekoran soalannya ini, ramai netizen telah mengecam “gurauan” pelakon tersebut yang dianggap celupar serta turut mengatakan Shuib dilihat tak selesa ketika ditanya soalan tersebut.


“Gurauan terancang”

Memetik laporan dari Kosmo, Rosyam mengatakan bahawa soalan tersebut telah pun dirancang lebih awal bersama Shuib dan pelawak itu juga dah bersedia untuk membalas pertanyaannya itu.

https://www.instagram.com/p/CY6i_aFPIpp/

Saya ingin mengatakan apa yang dilontarkan dan kemudian dipertontonkan kepada masyarakat pada malam itu adalah satu gurauan yang telah dirancang bersama Shuib.

“Shuib tahu apa yang ingin saya tanyakan dan dia juga bersedia untuk membalas pertanyaan saya dalam cara yang tidak terlalu formal.

“Jadi itu bukanlah sesuatu yang tidak sensitif atau saya cuba menjatuhkan maruah Shuib dengan bertanyakan soalan sedemikian.”

Tambahnya lagi, hubungan dia dan Shuib juga tidak terjejas ekoran soalan yang dilontarkan malah mereka dikatakan sempat lepak dan bergurau di belakang pentas.

Selepas kami sampaikan anugerah, kami siap melepak dan bergurau di pentas belakang. Memang tiada apa yang perlu digembar-gemburkan tapi biasalah, netizen akan mencari silap untuk dijadikan bahan bualan di media sosial.”

“Hanya satu gurauan daripada seseorang yang saya dah kenal lama”

Manakala Shuib, ketika dihubungi Kosmo mengatakan yang dia tidak ambil hati dengan gurauan Rosyam Nor lebih-lebih lagi selepas dah kenal lama.

https://www.instagram.com/p/CeJe19-vx3Z/

Yang beliau cakap ‘kau duda terhangat, dah ada pengganti ke?’. Saya sebenarnya kenal beliau dah lama sangat. Sebelum saya kahwin lagi.

“Jadi, saya hanya beranggapan apa yang berlaku hanya satu gurauan daripada seseorang yang saya dah kenal lama. Yang rapat juga dengan saya termasuk arwah. Insya-Allah, saya tiada apa-apa isu pun sebenarnya. Tiada rasa sikit pun. Memang tiada.

“Jadi, insya-Allah, kalau ada salah silap mohon maaf. Itu sahajalah. Insya-Allah saya sayang betul Rosyam Nor, beliau bagi banyak inspirasi kepada saya.”

Oklah, tuan punya badan pun dah bersuara, cakap tak apa, so kita tak payahlah lebih-lebih.

 

Baca: Bukan Kaleng-Kaleng! Shuib Main Golf Dengan Permaisuri Agong, Siap Kena Usik Lagi!

Page Shuib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.