Sebagai peniaga makanan atau pemilik kedai makan dan restoran, sudah semestinya cara penyediaan makanan wajib diambil berat. Jika tidak, pelanggan yang makan makanan tersebut mungkin berisiko untuk keracunan makanan atau sakit perut.
Seorang peniaga di TikTok baru-baru ini telah menjadi perhatian warganet kerana dia menggunakan tong sampah berwarna hitam untuk merendam sotong untuk dimasak sebelum dijual.
Meskipun tong sampah tersebut merupakan tong yang dibeli khas untuk merendam sotong dan ia tidak digunakan untuk buang sampah, namun tong berkenaan tidak boleh digunakan untuk meletakkan makanan yang ingin dijual kerana menurut warganet, tong itu bukan bergred makanan.
Dia guna tong sampah buat rendam sotong untuk masak dan jual. Dah ramai yang tegur tapi jawapan sebab ramai yang buat macam tu so tak jadi masalah. Agak geram jugaklah dengan jawapan dia especially dalam bab penyediaan makanan macam ni.@KKMPutrajaya boleh dah jalankan tugas. pic.twitter.com/3ugbW086f6
— Izwan Izzat (@heyizwanizzat) June 1, 2024
Artikel Berkaitan: Gaul Air Asam Guna Sarung Tangan Kuning Untuk ‘Hygiene’, KKM Tegur Cara Peniaga ‘Viral’ Ini Salah
Difahamkan, ramai warganet yang telah menegur peniaga tersebut agar berhenti menggunakan tong sampah itu untuk kegunaan berkenaan namun dia tetap tidak mengubahnya.
Setelah ramai warganet menyeru pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengambil tindakan kepada peniaga tersebut, akhirnya KKM menerusi platform X mengatakan pihak mereka akan menjalankan siasatan.
Terima kasih kerana membawa perhatian ini kepada kami. KKM akan menjalankan siasatan. https://t.co/0HhjMTFkW9
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) June 1, 2024
Diharapkan agar peniaga-peniaga makanan di luar sana lebih cakna dengan kaedah penyediaan makanan yang betul.
Sumber: X @KKMPutrajaya