Bagaikan di tempat pelupusan sampah, begitulah gambaran terhadap sebuah rumah yang dipenuhi sampah sarap walaupun berpenghuni.
Seorang pengguna TikTok menerusi akaun @niaempirewedding, berkongsi sebuah video yang memaparkan keadaan rumah seperti sudah lama ditinggalkan kerana keadaannya sangat berselerak, kotor dan berbau.
Dalam video tersebut, dipaparkan sebuah bilik yang didiami seorang anak dara dipenuhi timbunan sampah, pakaian berlonggokan dan yang paling terkejut, terdapat beberapa biji telur ayam dicelah katil.
Artikel berkaitan: “Barangkali si ibu tertekan..” – Dapat Aduan Orang Susah, Ahli Politik Terkejut Lihat Keadaan Rumah
Artikel berkaitan: Jijik! Bilik Wanita Ini Penuh Sampah, Selalu Banjir Di Koridor Sebab Saluran Air Tersumbat
@niaempirewedding Kemas rumah PUAKA part 1… rumah ni berpenghuni tau uuoolllsss bukan rumah tinggal.. aku ni bersabar je sepanjang mngemas bilik anakdara ni..bayangkan..cmne la die tido ngan katil bersepah,kotor..bau busuk,hamis,hancing cmni..dgn telo ayam..kain baju
Tidak hanya di bilik, keadaan di luar rumah, ruang tamu, tandas dan dapur juga cukup menyedihkan kerana tidak terurus seperti tempat pembuangan sampah.
Menurut wanita yang merakam video itu, dia membersihkan ruang di dalam rumah terbabit kerana risau dengan kesihatan penghuni.
@niaempirewedding Saya xlarat nak tulis panjang2..sbb saya pon kejar masa nak bersihkan rumah ni..hingga wangi n bersih sebersihnya.Rumah ini tidak disewakan & ianya bukan la rumah saya..saya seorg wedding planner,bukan buat servis bersih umah org😝 rumah ni masih berpenghuni bukan la rumah kosong atau rumah tinggal..rumah ini MASIH DI HUNI oleh sekelurga..doakan saya kuat utk terus bersihkan rumah ni..nnti saya dh transform saya update ye..maafkan saya andaikata membuka aib..kite jadikan iktibar je la ye..mne yg baik,ambil..mne yg buruk,buang jauh2..😇
Difahamkan, penghuni di dalam rumah itu merupakan saudara wanita terbabit tetapi tidak begitu rapat dengan keluarganya. Rumah itu pula bukanlah rumah sewa tetapi rumah pemilik penghuni itu sendiri.
Dalam video penjelasannya, ia memaklumkan rupanya sekeluarga itu mempunyai masalah dalam hal kebersihan sehinggakan terpaksa memangil orang kampung untuk bergotong-royong buat beberapa kali sebelum ini.
“Saya terkedu bila tengok keadaan rumah tu sebab orang-orang kampung dah pernah kemas. Rumah tu dah kemas sebanyak 4 kali.
“Kalau saya diam, saya takut si polan mati dalam lautan sampah. Jadi saya decide untuk kemas sebab makcik saya lumpuh.”
@niaempirewedding Dah ye??sape kecam..hakak cucuk ontot die nnti 😂😝 so saya anggap ni penjelasan terakhir saya..pasni just enjoy je journey saya kemas2 umah PUAKA ye….
Dalam pada itu, dia menepis dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan dengan penyakit mental dan sihir. Katanya, ia disebabkan sikap buruk penghuni itu sendiri.
Jelasnya, dia kongsi video tersebut sebagai bahan bukti bahawa kejiranan dan badan-badan berkaitan telah pun membantu penghuni tersebut membersihkan rumah terbabit.
Sumber: TikTok