Siapa je yang tak pernah rasa Vietnam Roll, makanan ini boleh dikatakan cukup popular di negara kita tau. Rasa keunikan ingredient dalamnya memang cukup menarik..ngap sekali mesti rasa nak lagi, betul tak?
Tapi korang pernah rasa tak Vietnam Roll yang ada siput babi di dalamnya? Mesti tak kan. Pun begitu seorang individu ini dikatakan hampir termakan habis Vietnam Roll yang mempunyai siput babi kecil yang masih hidup weyh!
Menerusi video berdurasi 15 saat itu, Suhaila Az Zahra rasa terkejut apabila roll yang terakhir yang ingin dinikmati itu terdapat makhluk kecil di dalamnya.
Dia telah kongsikan video itu di dalam group Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’.
Katanya pada Lobak Merah, memang caranya makan Vietnam Roll dengan potong menggunakan sudu sikit demi sedikit. Bila roll yang terakhir tu dipotong, ada benda bergerak keluar dari bungkusan tu.
Difahamkan, dia telah membeli makanan itu daripada seorang peniaga online, tapi tak sangka dapat hadiah sekali dengan siput.
Katanya lagi, ini bukan pertama kali dia hadap benda yang kotor pada makanan yang dibeli secara online, sebelum ini dia beli donut bomboloni yang disertakan dengan tiga helai rambut. Eyekkk…
Dia turut berpesan agar semua orang berhati-hati kalau beli makanan secara online sebab takut benda yang sama dilalui berlaku pada yang lain.
Hati-hati bila makanan dalam online ni, kita tak tahu cara mereka sediakan makanan. Saya juga harap setiap pengusaha teliti dengan makanan yang dijual kebersihan haruslah diutamakan.” – Suhaila Az Zahra
Lihat pada ruangan komen video tersebut ramai netizen turut rasa geli bila melihatnya, siap ada yang nak muntah lah…
Pesyen tak basuh ni…
Siap masih hidup!
Kalau nak berniaga, tolonglah utamakan kebersihan. Tahu tak benda macam ni boleh datangkan keracunan, kesian si pembeli…