Tugas para guru tidak terhad kepada mendidik anak murid mereka untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Sudah menjadi lumrah, mereka juga perlu cekal dalam menghadapi bermacam-macam karenah pelajar yang kadang kalanya boleh dikatakan melampaui batas.
Baru-baru ini, seorang guru bernama Nurzuhaili Shamsudin telah berkongsikan pengalamannya menanda kertas peperiksaan pelajar tingkatan tiga di laman Facebook. Namun, ada satu jawapan pada soalan esei subjek Bahasa Inggeris itu yang menjadikan cikgu itu ‘termenung’ seketika.
https://www.facebook.com/683943709/posts/10159037267038710/?d=n
Melalui perkongsian tersebut, soalan pada kertas ujian itu memerlukan pelajar untuk menulis sebuah karangan pendek berjumlah 120 patah perkataan berkenaan insiden di rumah jiran mereka. Para pelajar turut diberi beberapa key point untuk menyiapkan karangan cereka mereka.
Amat menyedihkan apabila seorang pelajar bertindak menconteng ruangan jawapan dengan kata-kata yang boleh dikatakan kurang beradab. Antara kata-kata yang terlihat pada kertas tersebut termasuklah “bosan”, “lena dulu” dan ungkapan popular dari Tiktok.
Assalamualaikum teacher. Saya mana reti. Tahan tangkai saya reti la haha. Mana-mana rancak, berdosa…”
Menurut Nurzuhaili, ada saja pelajar lain yang meninggalkan jawapan kosong pada kertas ujian mereka. Ada juga yang sekadar meninggalkan komen meminta maaf kerana tidak dapat menjawab soalan itu. Tapi yang sorang tu memang terlebih extreme sikit.
Menjenguk ke ruangan komen, ramai netizen berang melihat tindakan pelajar tingkatan tiga itu yang dilihat seperti tidak menghormati guru. Ada juga menyalahkan gajet dan media sosial, memandangkan pelajar sekarang memerlukan mereka untuk belajar secara atas talian.
Kalau tak boleh jawab pun, janganlah conteng benda-benda tak patut macam tu, dik. Kalau zaman Min dulu dah memang kena rotan ni!
Sumber: Facebook