Ibu kepada pelakon wanita popular Anna Jobling tampil mendedahkan punca hubungan mereka kini renggang sehingga berlakunya perintah injuksi terhadap dirinya.
Dakwa Ariz Arop, hubungannya dengan Anna sudah lama berantakan dan antara faktor utama adalah campur tangan daripada pihak ketiga.
“Banyak punca dan perkara ini sudah lama. Sebahagian dari punca bergaduh adalah banyak campur tangan orang ketiga.
“Saya dengan Anna selalu jadi panas dan bergaduh. Banyak campur tangan pengurusan dan admin kelab peminat dia.
“Macam kelab peminat dia terlampau banyak campur tangan urusan peribadi saya dengan Anna,” kongsinya menerusi siaran langsung di media sosial.
Artikel berkaitan: “Boleh dengar dengan jelas bunyi LOCK!” – Ibu Anna Jobling Tunjuk Bukti Dikunci Dalam Kereta, Enjin Dimatikan
Artikel berkaitan: “Dia hantar injunksi sebab tak tahan kena puk*l. Katanya mentalnya dis*ksa” – Ibu Anna Jobling
Dakwa anak melawan & melampau
Dalam pada itu, Ariz juga mengakui dia pernah memukul Anna pada bahagian muka kerana mendakwa anaknya telah bersikap melampau dan kurang ajar terhadapnya.
Namun dia menafikan tindakannya itu adalah mendera seperti dakwaan ramai, tetapi bertujuan untuk mendidik.
“Saya bukan pukul tapi sepak (tampar). Bila kalau dah melawan, melampau-lampau, pakai panggilan kau, aku, jadi saya sepak dia.
“Bukan saya pukul untuk dera dia atau patahkan kaki, memang tidak.”
Katanya lagi, dia tidak kisah sekiranya terdapat segelintir pihak yang menghentam dan memilih untuk menyokong Anna kerana dia sudah melakukan yang terbaik untuk membesarkannya.
Mengulas lanjut, Ariz berkata dia kini memilih untuk tidak lagi mencampuri urusan peribadi anaknya dan mahu fokus pada kehidupannya sendiri.
“Sebagai seorang ibu, sekarang ini saya cuba untuk berundur selepas tidak lagi diperlukan. Walaupun Anna ada ibu, tapi dia buang saya… Siapa sangka, tapi ini ujian Allah,” ujarnya.
Terdahulu, Ariz mendedahkan dia telah menerima perintah injuksi pada Disember tahun lalu dan hanya dibenarkan berjumpa dengan Anna dalam jarak 100 meter.