Berdasarkan Kalendar Lunar yang diikuti masyarakat Cina, bulan lunar yang ke-7 dalam kalendar tersebut dipanggil sebagai ‘Ghost Month’ atau bulan hantu lapar di mana pada hari pertama bulan tersebut ‘Gates of Hell’ atau Gerbang Pintu Neraka akan dibuka.
Gerbang ini membolehkan hantu-hantu atau roh mendapat akses ke dunia kehidupan kita. Roh-roh ini juga dipercayai menghabiskan bulan ini dengan melawat keluarga mereka, berpesta dan mencari mangsa.
Pantang larang masa bulan hantu lapar
Menerusi perkongsian pengguna Twitter Jiun Er, hari ini merupakan hari pertama bagi bulan tersebut dan kalau korang nak tahu ada beberapa pantang larang bagi masyarakat Cina pada bulan ini.
Tiba masanya untuk berpantang dalam sebulan ni. Dalam Kalendar Lunar, esok 29/7 gerbang neraka buka, masa nilah kami panggil Bulan Hantu.
Kalau tak percye, doksoh baca thread ni, kalau saje nk tau apa pantang² dalam bulan ni, harr sila baca? pic.twitter.com/VBjjtqHx6l— Jiun Er (@JiunErLiu) July 28, 2022
1. Tak jemur baju di luar pada waktu malam. Sebab orang dulu-dulu kata makhluk ini suka ‘bertumpang’ di pakaian.
2. Tak masuk hutan kerana takut terkena benda ‘kotor’ dan ‘mereka’ ikut balik. Tapi kalau terpaksa masuk hutan, jangan tegur atau panggil nama orang dan jangan tepuk bahu orang.
3. Pada waktu malam, elakkan daripada lalu lorong-lorong gelap kalau berseorangan. Kalau rasa nak kencing, cari tandas dan jangan kencing di tepi lorong.
4. Ada orang pantang pakai baju merah pada waktu malam.
5. Elakkan main air di pantai atau tasik.
6. Tidak ambil gambar atau selfie pada waktu malam kerana takut ‘benda’ itu masuk dalam gambar.
7. Jangan buka payung dalam rumah kerana makhluk halus suka tumpang di dalam payung. Bimbang kalau terbawa ‘makhluk’ itu di dalam payung dan kemudian terbuka pula di rumah. Ah sudah…
8. Kalau nampak jiran Cina sembahyang letak gula-gula dan makanan tepi jalan atau luar rumah JANGAN KUTIP dan MAKAN! Kalau tersepak makanan tepi jalan, minta maaf terus.
9. Jangan bersiul waktu malam.
10. Kalau nampak angpau tepi jalan, JANGAN KUTIP.
11. Tak boleh potong kuku waktu malam, kalau nak potong sebelum waktu senja.
Ramai dah tak ikut pantang larang ni
Menurut Jiun Er, dah ramai sebenarnya yang tak ikut pantang larang tersebut tapi bagi masyarakat Cina yang masih mempercayainya, mereka takkan memilih bulan ini untuk berkahwin kerana bimbang ia akan menjejaskan perkahwinan.
Kegiatan yg dijalankan dlm bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual, pembakaran wang neraka & bungkusan yang mendandungi kain utk memberi penghormatan kpd roh-roh leluhur yang menziarah,
— Jiun Er (@JiunErLiu) July 28, 2022
Pantang seterusnya, jangan beli rumah atau pindah rumah waktu bulan hantu lapar ni. Ni saya rasa lebih kpd feng shui. Ada org percye ada org xpercye.
Klu wktu mlm anjing jiran duk menyalak tp xde pape kt situ, fhm fhm je lah ye.— Jiun Er (@JiunErLiu) July 28, 2022
Apa-apapun pantang larang ini hanya untuk rakan-rakan kita yang berbangsa Cina sahaja dan bagi kita yang beragama Islam tak perlulah bimbang.
Cumanya kalau korang ajak kawan Chinese keluar lepak waktu malam dan dorang menolak, haa faham-faham sajalah sebab apa kan.
Baca: “Jangan puji bayi baru lahir” – Ini Antara Pantang Larang Orang Asli Yang Mungkin Ramai Tak Tahu