in

“Dah macam Menteri Pelancongan!” – Khairul Aming Jumpa PM New Zealand, Masakkan Roti Jala

Khairul Aming Jumpa Pm New Zealand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang layan semua content Khairul Aming, pasti tahu baru-baru ini pempengaruh dan ushawan terkenal ini berkongsi video lawatannya ke New Zealand sambil memasak dan memaparkan keindahan negara berkenaan.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Kalau sudah namanya tuah dan rezeki, tiada siapa yang mampu menolak.


Sebentar tadi, Khairul Aming berjumpa dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon yang datang sempena lawatan pemimpin itu ke negara ini.

Menerusi video yang dikongsikan, Khairul Aming berkata pertemuan dengan Luxon itu sebagai tanda penghargaan daripada pihak New Zealand untuk video memasaknya di negara berkenaan.

Gwh4Th4Aoaemsyc

Jelasnya, lapan tahun lalu dia merakam video memasak pertama sambil duduk di atas lantai di rumah sewa dan hari ini dia mendapat keistimewaan untuk duduk di sebelah seorang pemimpin di sebuah negara yang terkenal.

Pada pertemuan yang berlangsung di sebuah restoran makanan Melayu yang terletak di Kuala Lumpur, Khairul Aming dan Luxon saling bertukar pendapat dan budaya kedua-dua negara,lebih-lebih lagi perihal masakan dan makanan.

Selain itu, pempengaruh yang berasal dari Kelantan ini sempat menunjukkan demonstrasi memasak roti jala kepada Luxon sebelum membawanya menjamu selera hidangan-hidangan Melayu.

“Saya mengambil kesempatan untuk memperkenalkan beliau kepada sarapan pagi Malaysia sambil bertukar pendapat mengenai pertukaran pelancongan antara Malaysia dan New Zealand, perdagangan eksport daging dan tenusu halal, pemeliharaan alam semula jadi dan potensi eksport produk PKS tempatan ke New Zealand,” ujar Khairul Aming.

“Macam Menteri Pelancongan!”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan pencapaian yang diperoleh Khairul Aming sehingga kini.

Melihat pertemuan itu, netizen menyifatkan pempengaruh ini bagaikan seorang Menteri Pelancongan.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.