Sekarang ni rasanya ramai orang yang sudah kurang mempunyai rasa belas kasihan terhadap haiwan. Ada yang sanggup bunuh haiwan hanya disebabkan dia tidak menyukainya.
Tular di laman media sosial mengenai gambar roti dan sosej yang di penuhi dengan paku dan jarum di percayai menjadi makanan kepada anjing liar. Biar betul?

Gambar tersebut yang telah viral bulan lalu itu, menjadi perbualan hangat netizen di mana mereka tidak menyangka ada manusia yang sanggup membuat perkara sebegitu.
Gambar ini juga menjadi viral di laman Twitter dan rata-rata netizen yang memberi komen meluahkan rasa sedih mereka terhadap individu yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara itu.

Netizen juga menganggap perbuatan mengisi paku dalam roti dan sosej untuk diberi makan kepada anjing liar adalah sangat tidak berpatutan kerana mereka juga makhluk tuhan yang tidak mempunyai akal fikiran untuk mengetahui bahawa makanan yang di beri kepada mereka itu sebenarnya berbahaya.
Admin harap, sapa sahaja yang menganiya binatang tu akan terima balasan setimpal kelak.
Baca: “Tangan sebelah tinggal tulang” – [Video] Viral Ibu Anjing Kaki Reput Tinggal Tulang Minta Tolong