Siapa kat sini yang tinggal di kawasan rumah apartment atau flat? Min yakin mereka yang menetap di rumah-rumah berbelas tingkat ni mesti pernah rasa gementar atau paranoid bila naik lif seorang diri, lagi-lagi kalau malam.
Baru-baru ini tular di laman Tiktok pengguna @pipa278, wanita ini berkongsikan video pengalamannya menaiki lif di rumah sewa barunya bertempat di sekitar Cyberjaya. Namun, ada sesuatu yang menjadikan perjalanan di dalam lif itu agak menyeramkan.
@pipa278 Baru semalam pindah harini lari balik rumah parents?
Melalui video berdurasi 35 saat itu, kita dapat dengar alunan musik yang boleh dikatakan agak spooky dalam ruang lif tersebut. Walaupun musik itu didengar seolah-olah lagu kanak-kanak yang dimainkan perlahan, namun ia tetap mewujudkan mood seram bagi sesiapa yang menaikinya.
Menurut kenyataan lanjut dari wanita itu, hanya satu lif yang memainkan muzik seram itu. Atas sebab-sebab tertentu, wanita itu dikatakan bakal berpindah ke rumah lain.
Video tersebut tular di Tiktok dengan jumlah lebih 400 ribu tontonan dan menimbulkan reaksi yang bercampur baur dari netizen. Kebanyakan netizen turut ‘cuak’ dengan pengalaman wanita itu.
Ada juga yang minta berhati-hati jika ‘terserempak’ dengan Pennywise, badut hantu dari filem ‘It’. Jauh sangat berimaginasi tu.
Ada juga yang menyatakan musik di dalam lif ini bukanlah perkara baru. Ini kerana sudah banyak hotel dan apartment lain juga memainkan musik di dalam lif untuk tujuan hiburan.
Kalau naik sorang-sorang, memang menakutkan ni. Lif rumah korang ada tak keluar lagu macam ni?
BACA: “Setiap kali lalu mesti terkejut” – Nampak Ular Besar Melingkar Dekat Dinding Flat, Rupa-rupanya…