in

“Dah macam cubaan membun*h” – Netizen Seriau Lihat Pemandu Bawa Laju, Hampir Rempuh Pejalan Kaki

syaz ft 2025 09 24T103819.914

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah rakaman dashcam tular di TikTok memaparkan detik cemas seorang pejalan kaki yang hampir dirempuh sebuah kereta yang dipandu sangat laju.

Dalam video tersebut, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Bezza meluncur deras dan tidak memperlahankan kenderaannya meskipun lampu isyarat merah.


Artikel berkaitan: Pemandu Van Rapid KL On-Demand Digantung Tugas Serta Merta Sementara Siasatan Dijalankan – Rapid KL

Artikel berkaitan: Memandu Secara Melulu, Anggota JPJ Digantung Tugas

Seorang pejalan kaki pada ketika itu sedang melintas, dia kemudiannya terpaksa mengelak pada saat akhir untuk selamatkan diri. Dapat dilihat juga sebuah objek yang dipegang pejalan kaki itu tercampak ke atas jalan.

@wanalifasyraf_

Ni bukan langgar lampu merah je, dah macam cubaan membunuh 😭

♬ original sound – Wan Alif Asyraf – Wan Alif Asyraf

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @wanalifasyraf_ itu, difahamkan kejadian itu berlaku di jalan sebelah Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa seram mereka melihat rakaman tersebut malah ramai juga berharap agar pemandu kenderaan tersebut ditangkap serta-merta kerana memandu secara bahaya.

cats 4

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah mencecah 960k tontonan serta lebih 2k komen, bagaimanapun masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa mahupun pemandu tersebut.

 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.