in

“Dah la pandai masak, pemurah pula tu” – Khairulaming Dipuji Lepas Bagi Duit Raya Dekat Warganet

cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Hey whatsupp gais”

Siapa sahaja yang tidak mengenali Khairulaming? Pemuda yang berasal dari Kelantan ini boleh dikatakan sebagai salah seorang influencer yang paling dikenali dan disantuni di Malaysia.


Malah, resepi yang dikongsikan oleh Khairulaming juga sering ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia kerana mudah untuk diikuti dan kelihatan enak.

Bagi duit raya dekat followers

Bukan sahaja pandai memasak, malah Khairulaming juga seorang yang pemurah hati. Baru-baru ini, pemuda ini ada memuat naik satu ciapan berkenaan dia tidak sempat untuk membuat persiapan duit raya.

“duit raya tak pecah lagi. sampul raya tak beli lagi. kau guna qr pay je la dik tahun ni”

Ciapan ini sebaliknya menerima banyak komen daripada pengikut yang berkongsikan gambar kod bar QR Pay dengan harapan mendapat duit raya dari Khairulaming.

Mengejutkan, Khairulaming membalas segelintir ciapan balas pengikutnya dengan resit pembayaran ke atas kod bar QR Pay yang dikongsikan.

Dalam bahasa mudahnya, Khairulaming bagi duit raya! Jumlah yang diberikan adalah daripada RM50 hingga ke RM100. Amboi, untung siapa yang dapat tu!

Terima pujian warganet

Melihatkan Khairulaming memberi duit raya kepada pengikutnya meskipun tidak mengenali di antara satu sama lain, tindakan pemuda ini dipuji ramai.

“Influencer terbaik yang aku pernah tengok. Bagi duit tanpa minta apa-apa”, tulis seorang warganet.

“Murah rezeki khairulaming dalam bulan puasa ni. Bagi bukan sikit2. RM50, RM100..”, komen seorang pengguna media sosial memuji Khairulaming.

Untung siapa yang dapat duit raya tu!

BACA: “Please lah stop” – Khairul Aming Kecewa Netizen Laga-lagakan Dia & Tukang Masak Lain

Capture 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.